Posted 2013/04/30 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Ekslusif Video: Santamil Selvi Isteri PI Bala Buat Pendedahan Pertama

santamil selvi
santamil selvi

Setelah 5 tahun, isteri PI Bala pecahkan kesunyian

Hampir lima tahun selepas meninggalkan negara ini, balu kepada bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, akhirnya memberikan wawancara pertamanya kepada media.

Menurutnya, beliau didorong mengambil langkah itu selepas menerima panggilan telefon individu tidak dikenali yang menawarkan wang dan peluang pendidikan untuk anak-anaknya sebagai pertukaran dengan “bukti” bahawa PKR membayar suaminya untuk membuat kenyataan bersumpah.

Ini berlaku setelah baru sahaja terdapat SMS palsu disebarkan bulan lalu yang mendakwa beliau akan mengadakan sidang media bagi mengisytiharkan suaminya dibayar oleh peguam, kata Selvi kepada Malaysiakini dan KiniTV pada Jumaat lalu.

“Selepas Bala meninggal, mereka buat tawaran dan saya tak boleh terimanya. Ini sebabnya saya beri wawancara ini. Sebelum ini, saya tak pernah fikir untuk diwawancara, tetapi saya tak boleh terimanya lagi,” katanya merujuk kepada gangguan berterusan itu.

“Ini sebabnya kenapa saya mahu beritahu rakyat apa sebenarnya berlaku pada saya,” kata Selvi sambil menegaskan suaminya tidak dikuasai sesiapa pun.

Lima tahun lalu, Selvi juga tidak menyangka apa yang berlaku apabila melihat suaminya muncul di kaca televisyen pada 3 Julai 2008.

Bala, pagi itu, memanggil sidang akhbar di ibu pejabat PKR dan mengumumkan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu. Sumber kredit Mkini

Updated 1 Jam yg lepas video ini boleh di tonton tetapi kini ianya terhenti. Tunggu update terbaru dari KINITV. Mungkin ada masalah kelulusan SKMM.

SILA PERGI KE FACEBOOK KINITV UNTUK MENONTON KLIK BUTTON:

KINITV

 

Isteri PI Bala: Kami betul-betul macam pelarian

Segalanya terungkai di sini, setelah lebih sebulan pemergian suaminya yang juga seorang penyiasat persendirian P.I. Balasubramaniam, isteri beliau A Samantil Selvi membuka bicara tentang segala permasalahan yang terpalit kepada keluarga beliau. 

Penderitaan hidup dan tekanan dari pihak-pihak tertentu membuatkan isteri kepada mediang P.I. Bala ini tidak lagi mampu berdiam diri. Dari masalah persekolahan anak-anak kepada ugutan bunuh semuanya diungkai disini. Apakah menjadi kesalahan untuk seseorang bercakap benar?

Ikuti kisah lengkap isteri kepada mendiang P.I Balasubramiam ini.

Isteri PI Bala: Apakah salah berkata benar?

 

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI