Peletakan jawatan veteran itu, Takanobu Ito, 61, berlaku ketika syarikat automotif dari Jepun itu dan syarikat pembuat beg udara, Takata berada di tengah-tengah situasi kemelut yang sukar. -Foto AFP

TOKYO – Honda melaporkan presidennya telah meletak jawatan pada Isnin, ekoran firma tersebut sedang bergelut dengan krisis beg udara meletup dengan sekurang-kurangnya lima kematian dicatatkan, serta penarikan semula berjuta-juta kenderaannya.

Langkah tersebut dilihat tepat sebagai strategi pengukuhan untuk pengembangan global, tetapi peletakan jawatan veteran itu, Takanobu Ito, 61, berlaku ketika syarikat automotif dari Jepun itu dan syarikat pembuat beg udara, Takata berada di tengah-tengah situasi kemelut yang sukar.

Perintis kepada pembuatan sedan Civic, Ito yang menyertai Honda pada tahun 1978 masih akan kekal sebagai ahli lembaga, manakala Pengarah Urusan, Takahiro Hachigo, 55, akan menjawat jawatan tertinggi itu selepas mesyuarat pemegang saham.

Bulan lalu, Honda diramalkan bakal memotong keuntungan tahun penuh kerana sedang bergelut dengan kenaikan kos penarikan semula, serta sedang menyelesaikan kes kemalangan maut di Amerika Syarikat yang mungkin disebabkan oleh kecacatan pada pembuatan beg udara yang dibekalkan oleh syarikat Takata, yang berpangkalan di Tokyo.

Krisis ini telah mencetuskan penarikan semula lebih daripada 20 juta kenderaan di seluruh dunia oleh lebih daripada 10 pembuat kereta utama. TRP / Paultan

[signoff1]

Tolong Komen & Share