Posted 03/14/2015 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Forum 1MDB bersama Clare Rewcastle Brown, pengarang Sarawak Report esok

Clare Rewcastle Brown
Clare Rewcastle Brown

Clare Rewcastle Brown pengarang Sarawak Report yang melakukan pendedahan mengejutkan mengenai 1MDB yang berkait dengan PM, Riza Aziz, Jho Low, Taib Mahmud lapor media – Gambar Malaysiakini

Oleh The Malaysian Insider

Rakyat Malaysia akan berpeluang mendengar secara langsung mengenai syarikat yang sarat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, pada satu forum esok. Clare Rewcastle Brown sarawak report

Wartawan penyiasatan yang berpengkalan di Britain itu akan menyertai dua lagi pengkritik tempatan dalam forum “1MDB: The Ultimate Low Down” yang akan diadakan melalui telesidang video, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.

Dua lagi ahli panel ialah Pua sendiri, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, yang juga ahli Parlimen Pandan.

“Seperti yang kita tahu, pendedahan dibuat laman web Sarawak Report memberi bukti penting – dalam bentuk dokumen rahsia dan perbualan e-mel – untuk mempertahankan pelbagai kritik dibuat terhadap 1MDB sejak beberapa tahun lepas,” kata Pua.

Katanya, Brown mungkin mendedahkan lebih informasi mengenai 1MDB pada forum jam 3 petang di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya esok, berdasarkan ribuan dokumen berkaitan syarikat milik kerajaan itu yang didakwa dimilikinya.

“Perbincangan itu akan dikendalikan oleh Cynthia Gabriel, pengarah eksekutif Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4),” kata Pua yang menjemput semua rakyat Malaysia menyertai forum itu.

Sarawak Report sejak beberapa minggu lalu lantang membuat satu siri pendedahan mengenai 1MDB, dengan Brown baru-baru ini berjanji dalam satu temu bual media yang terdapat banyak lagi yang akan didedahkan.

Read more The Malaysian Insider

Laporan sebelum ini oleh Malaysiakini:

Sarawak Report mendedahkan komunikasi e-mel berkaitan usahasama 1MDB dengan Petrosaudi Limited yang didakwa mempunyai ketidakaturan.

E-mel itu menunjukkan bahawa usaha sama itu yang mana 1MDB menyuntik AS$1 bilion, digunakan sebagai syarikat “muka depan” untuk menyalurkan wang kepada syarikat dikawal Jho Low, yang didakwa rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun Petrosaudi mendakwa e-mel itu direka-reka, Rewcastle menegaskan ia komunikasi asli.

Rewcastle juga berkata pendedahan berkaitan 1MDB itu berjaya dibuat selepas dua tahun meneliti dan bekerjasama dengan sejumlah wartawan.

Beliau bagaimanapun memilih merahsiakan sumber dokumen itu kerana ia diserah padanya berasaskan kerahsiaan.

Menurutnya lagi, penafian oleh 1MDB dan pihak laun berhubung dakwaan itu “gagal membuktikan” sama ada keuntungan benar-benar dibuat.

“Mereka sebaliknya pilih sembunyikan keuntungan dalam akaun bank pesisir pantai berbanding menggunakan untuk menyeimbangkan akaun itu,” kata Rewcastle, merujuk kepada akaun di Kepulauan Cayman.

Malaysiakini sudah menghubungi dan masih menunggu maklum balas daripada pasukan Jho Low berhubung perkara itu.

1MDB mempertahankan bahawa usahasama itu berakhir pada 2012 dan 1MDB berjaya membuat keuntungan AS$488 juta (RM1.768 bilion) daripadanya.

Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank

User Online

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sebarkan!


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


iklan kedai murah murah shopping online malaysia