Posted 05/05/2013 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

Berita Hari Mengundi: Video 3 Bus Bangladesh Datang Mengundi Sg Siput

undi
undi


Berita Dari Lembah Klang:

PETALING JAYA 5 MEI: Seorang lelaki warganegara Myanmar ditangkap ketika cuba memasuki pusat pengundian di sebuah pusat mengundi di Petaling Jaya, Selangor.
Dia ditahan dalam keadaan gelisah dan seakan-seakan takut dicekup pasukan bertindak pemantau pilihan raya Pakatan Rakyat sebelum diberkas dan dibawa kepada polis untuk tindakan lanjut.
Di AMPANG pula, calon KEADILAN Pandan, Rafizi Ramli melalui twitter menyatakan petugas Pakatan Rakyat Pandan pagi ini mengesan empat nama yang disyaki pengundi hantu di Parlimen Ampang.

Empat pengundi hantu terbabit dipercayai warga asing cuba untuk membuang undi di beberapa pusat mengundi sekitar Pandan Mewah, Ampang.
Satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang jam 11.30 pagi.
Sementara itu, calon DUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad berkata, seorang warga Bangladesh disyaki pengundi hantu dapat ditahan di pusat pengundian di Pandan Jaya.
Pandan Jaya terletak dalam DUN Cempaka dan Parlimen Pandan.

“Saya terima laporan daripada petugas PAS di sana tentang cubaan memasukkan warga Bangladesh di tempat mengundi di Pandan Jaya.
“Petugas sedang siasat. Saya akan periksa semula dengan mereka,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana pagi tadi.
Selain itu, facebook juga memapar banyak rakaman dakwaan pengundi hantu. KD

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI