Posted 2013/05/08 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Amerika ucap tahniah pada Najib

white house us
white house us

Rakyat Msia ada yg menulis petition kepada UN dan US mengenai dakwaan penipuan undi SPR.PR juga menolak keputusan pilihan raya ini tegas Anwar.

Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

“Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mengadakan pilihan raya yang paling kompetitif dalam sejarah negara,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur yang memetik pemangku timbalan jurucakap di Jabatan Negara Amerika, Patrick Ventrell.

“Kami puas hati melihat rakyat Malaysia pelbagai peringkat terlibat dalam proses pengundian dalam jumlah yang besar dengan semangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Ventrell berkata Amerika berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan baru setelah ia dibentuk.

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Semalam, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.

Dalam kenyataan itu, Ventrell turut menggesa semua pihak supaya menghormati kehendak pengundi.

Menyentuh kebimbangan negara berlaku kepincangan dalam proses mengundi, beliau berkata menangani isu sedemikian adalah penting untuk menguatkan keyakinan dalam proses pengundian.

Najib yang juga pengerusi BN, turut menerima ucapan tahniah melalui telefon hari ini daripada rakan sejawatannya daripada New Zealand, John Key, menurut seorang pegawai perdana menteri.

Bernama

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI