Posted 2013/05/12 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Siaran Langsung Perhimpunan Blackout 505 Medan Istana Ipoh Perak

blackout 505
blackout 505

IPOH 12 MEI: Program Blackout 505, ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ peringkat negeri Perak akan diadakan di perkarangan Pejabat KEADILAN Perak, dekat Medan Istana, Ipoh, malam ini.

Mereka yang tinggal di sekitar bandaraya Ipoh digalakkan hadir beramai-ramai dan memakai pakaian hitam, simbolik terkuburnya demokrasi di negara ini.

Manakala kepada yang tidak dapat hadir, boleh mengikuti siaran langsung melalui rangkaian internet mulai jam 8 malam. Sila klik pautan ini.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan pidato kepada rakyat Perak malam ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty, ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamalauddin dan ADUN Setiawan yang juga ahli parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Himpunan ‘Black 505′ peringkat Perak malam ini adalah yang ketiga dalam siri jelajah penerangan penipuan pilihan raya selepas himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei dan Batu Kawan, Pulau Pinang (11 Mei)

Himpunan ‘Black 505′ turut diadakan di Kuantan, Pahang pada hari Selasa, 14 Mei dan Johor Bahru, Johor pada Rabu, 15 Mei.

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI