Posted 2013/05/12 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Pembangkang dijangka fail lebih 30 petisyen pilihan raya, PRU13

lawak politik sex
lawak politik sex

JOHOR BAHRU 12 Mei – Pakatan pembangkang dijangka memfailkan antara 20 hingga 30 petisyen di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didakwa berlaku penipuan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pakatan pembangkang kini sedang mengenal pasti kawasan yang akan difailkan petisyen dan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas keputusan PRU-13 digazetkan.

Menurutnya, bagi DAP, mereka sudah melantik Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mengetuai jawatankuasa untuk menjalankan kerja tersebut, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas akan melantik pasukan mereka sendiri.

“Tempat yang ada aduan berkaitan penipuan pilihan raya kita akan failkan petisyen selepas kajian mendalam dibuat dan kita akan umumkan juga,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Ibu Wanita Gelang Patah di sini hari ini. –

UTUSAN ONLINE

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI