Posted 05/13/2013 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

Penyokong Pembangkang PR Penuhi Demo Di Ipoh – Mstar Online

perhimpunan suara rakyat suara keramat
perhimpunan suara rakyat suara keramat

Antara penyokong pembangkang yang hadir pada perhimpunan di Ipoh.

Saksikan live streaming tau rakaman perhimpunan blackout 505 klik sini

IPOH: Pembangkang mengadakan perhimpunan ketiga selepas pilihan raya dengan orang ramai memenuhi jalan-jalan di sekitar Medan Istana di sini pada Ahad.

Perhimpunan yang diadakan di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu diadakan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menggesa rakyat Malaysia supaya mengetepikan kebimbangan berhubung ‘tragedi 13 Mei’.

“Biarlah 13 Mei menjadi hari baru untuk semangat yang baru di Malaysia, menolak semua bentuk perkauman,” katanya.

Selain Anwar, turut berceramah pada perhimpunan itu ialah Pengerusi PKR Perak, Dr Muhamad Nur Manutty dan Badrul Hashim Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard.

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Orang ramai hadir seawal pukul 7 malam dan kebanyakan mereka berpakaian hitam.

Sebelum ini dilaporkan bahawa perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Perhimpunan pertama pembangkang diadakan di Kelana Jaya pada Rabu lalu diikuti dengan satu lagi perhimpunan yang sama di Pulau Pinang pada Sabtu.

Siri perhimpunan itu seterusnya akan diadakan di Kuantan dan Johor Baru iaitu masing-masing pada Selas dan Rabu.

Sumber Mstar Online

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI