[pullquote_left]Tahniah Waytha moga kaum India beruntung dgn perlantikan anda jika tidak jangan lari lagi keluar negara.[/pullquote_left]KUALA LUMPUR – Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy telah dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan baharu Kabinet Persekutuan hari ini.

Berikutan memorandum persefahaman (MoU) antara badan bukan kerajaan (NGO) itu dengan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, pelantikan mengejut peguam berusia 47 tahun itu dijangka membawa gelombang harapan bagi meningkatkan tahap kehidupan masyarakat India di negara ini.

Pada 18 April lepas, Hindraf dan BN memeterai MoU merangkumi enam perkara utama dengan tujuan membawa masyarakat India yang miskin ke arus perdana pembangunan negara.

Sebalik sokongan kepada BN, NGO tersebut, yang memainkan peranan dalam menarik pengundi kaum India menyokong pembangkang sebelum ini, mengambil pendirian untuk beralih angin dengan menyokong BN pada PRU13.

Waythamoorthy, anak kelahiran Kelantan, meninggalkan Malaysia tiga hari selepas bantahan besar-besar oleh badan itu pada 25 Nov 2007 yang menyaksikan beberapa aktivis kumpulan itu ditahan pada 13 Dis 2007.

Terdahulu, pada Mac 2008, kerajaan Malaysia membatalkan pasport Waythamoorthy. Berikutan itu, beliau memohon dan diberi suaka politik oleh kerajaan Britain. Pada bulan Oktober tahun yang sama, kerajaan mengharamkan Hindraf.

Pada 1 Ogos tahun lepas, Waythamoorthy kembali ke Malaysia dengan pasport dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura selepas tinggal di England selama 56 bulan.

Bagaimanapun, pada Januari lepas, kerajaan menarik balik pengharaman selama tahun tahun itu bagi membolehkan Najib, selaku Pengerusi BN dan Waythamoorthy mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah kaum India.  – Bernama

Tolong Komen & Share