Posted 2013/05/22 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

N Dharmendran telinga di ‘staple’ mati dalam lokap?

N Dharmendran
N Dharmendran

Kematian terbaru dalam tahanan paling buruk selepas Kugan

Baca kes ini lebih lanjut kronologi kematian ini klik sini. Mungkin juga dia mati dipukul tahanan lain atau juga kerana penyakit asma yg dihidapinya serta banyak kemungkinan lain sebelum polis siasat. Tapi ada staple di telinga itu yg pelik?…harap peguam Surendran ada bukti!

KUALA LUMPUR 22 MEI: Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

Peguam keluarga mangsa, N Surendran berkata, kedua-dua telinganya diketip dengan staple dan terdapat beberapa tanda pukulan di peha dan belakangnya.

“Terdapat bukti fizikal pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, juga tanda pukulan di belakang dan bengkak.

“Telinganya diketip dan besi yang diketip masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas.

“Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan,” kata Surendran, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, seperti dilapor Malaysiakini.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur.

Short URL: http://www.keadilandaily.com

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Viator | Trader Avant Garder | Nom de Guerre | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI