Posted 2013/05/27 by Ana Ghoib in Berita Harian
 
 

2 sahabat mangsa bunuh kumpulan Pendawa Sakera Facebook

gambar mayat facebook sakera
gambar mayat facebook sakera

Update kemaskini berita terkini: Mengulas penemuan dua mayat di Seksyen 26 di sini, Thaiveegan berkata sehingga kini polis telah menahan 17 lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Semalam, polis menemui dua mayat dipercayai dua sahabat warga Indonesia yang dikenali sebagai Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Seri Kembangan, 1 Mei lalu.

Kedua-dua mayat itu ditemui kira-kira 3.15 petang dengan keadaan reput di bawah pokok pisang berhampiran Sungai Klang.

“Polis masih menunggu laporan forensik dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. — Bernama
kumpulan sakera

SHAH ALAM – Misteri kehilangan dua sahabat sejak sebulan lalu terungkai selepas penyebaran beberapa keping gambar di percayai mayat kedua-dua mangsa, di sebuah laman sosial Facebook didaftarkan atas nama Ridan Pendewa Titisannnya Sakera.

Susulan penyebaran gambar tersebut, dua individu ditahan dipercayai ada kaitan dengan kehilangan dua mangsa yang dikenali sebagai Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli barang di pusat membeli belah di Seri Kembangan pada 1 Mei lalu.

Hasil soal siasat ke atas seorang daripada suspek kemudiannya membawa kepada penemuan dua rangka manusia dalam semak di tepi Sungai Klang, berhampiran kawasan perindustrian di Seksyen 26, di sini, petang semalam.

Sepupu Dofi, Hamsani, 46, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mangsa bersama rakan baiknya, Saiful, pergi ke pusat membeli belah tersebut dengan menaiki sebuah teksi.

Ridan Pendawa Titisannya Sakera Facebook - Geng Indonesia

Ridan Pendawa Titisannya Sakera Facebook – Geng Indonesia in kah yg didakwa pembunuh dua sahabat itu?

“Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi setelah tempoh 24 jam, sebelum bapa Dofi, terima panggilan daripada seorang yang tidak dikenali meminta duit sebanyak RM5,000.

“Bapa Dofi hanya memasukkan duit berjumlah RM 2,500 melalui satu akaun bank yang diberi, sebelum dia dimaklumkan kedua-dua mangsa sudah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki teksi,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi menyebabkan bapa Dofi membuat satu lagi laporan polis berhubung perkara itu.
Ketika ditanya bagaimana dia mengetahui berhubung Facebook terbabit, Hamsani berkata, dia mengetahui melalui bapa saudaranya.

“Setelah kami melihat gambar yang terdapat dalam Facebook itu, bapa Dofi mengecam pakaian, kasut dan tali pinggang yang dipakai oleh anaknya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan rangka manusia di kawasan terbabit, semalam.

Beliau berkata, penemuan rangka kedua-dua mangsa ditemui kira-kira jam 3.15 petang semalam, selepas suspek pertama ditahan ketika menunjukkan  lokasi kejadian kepada polis.

“Siasatan awal dapati kes pembunuhan ini ada kaitan dengan kes kehilangan di Kotaraya, Kuala Lumpur, awal bulan ini.”

“Susulan penemuan rangka itu, kita tahan seorang lagi suspek di sekitar kawasan Serdang, hari ini (semalam), kesemua yang ditahan itu warga Indonesia. Difahamkan suspek merupakan ahli kumpulan ‘Sakera’,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua rangka manusia itu dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Sumber Sinar Harian

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
KLIK ICON SHARE – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Viator | Trader Avant Garder | Nom de Guerre | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI