Mendakwa terhalang di Kedah, sebuah cawangan Umno dari negeri itu meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Kira-kira 500 orang bernyanyi dan bersorak ketika bekas perdana menteri dan Presiden Umno itu tiba di Muzium Kesenian Islam ketika Tan Sri Sanusi Junid menyampaikan ucapan penuh bersemangat.

Sanusi diketahui salah seorang penyokong tegar Dr Mahathir dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno serta Menteri Besar Kedah.

Kata Sanusi masalah yang sedang dihadapi negara ini “mudah saja” iaitu “kita mempunyai pemimpin yang tidak ada moral”.

Tanpa berselindung Sanusi mendakwa “pemimpin” tersebut sebagai seorang “playboy yang susah untuk mengawal nafsu”.

“Antara playboy (itu) ialah Jho Lo. Tengok gambar dia menari berfoya-foya dalam media sosial. Kita dengar pula ada Riza Aziz – Seorang pembuat filem yang dianggap lucah.

“Untuk (memenuhi) nafsu yang tinggi kita perlukan wang yang banyak,” katanya.

Jho Low yang disebut Sanusi merujuk kepada hartawan kontroversi Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1MDB. Dia pernah dilihat menari bersama beberapa selebriti terkenal dunia, termasuk Paris Hilton.

Riza pula adalah anak Datin Seri Rosmah Mansor dengan suam terdahulu. Dia juga dikenali sebagai penerbit filem Hollywood, The Wolf of Wall Street.

Kata Sanusi, ‘penyakit’ kedua yang dihadapi negara ini ialah “gila duit”.

Kedua-dua masalah itu, katanya, mendorong pihak yang berkenaan mencari duit secara mudah.

“Penyelesaian kepada masalah ini ialah rakyat perlu bangkit. Kita terus membaca dan cuba memahami tetapi kita tak boleh lagi duduk berdiam diri.

“Kita orang Kedah, kita hidup di tengah-tengah sawah padi dan petani tidak tahu untuk bersembunyi,” kata Sanudi mengulas mengenai kemelut semasa parti itu.

Seperti Dr Mahathir, Sanusi juga secara terang-terangan mengecam kepimpinan semasa Datuk Seri Najib Razak.

Majlis hari ini diadakan ketika lebih 2,000 perwakilan Umno berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sempena perhimpunan tahunan parti berkenaan.

Menurut Sanusi, Najib kini tidak mampu mengenang nafsunya.

Dr Mahathir sebelum ini mengadu pihak yang cuba menganjurkan majlis penerangan membabitkan dirinya sukar mendapat tempat atas faktor tertentu. – Sumber baca lanjut di Malaysiakini

KLIK BACA: Najib ejek U Turn Mahathir

KLIK BACA: Najib dakwa Tun M mahu beri jawatan TPM kepada DAP

DIKEMASKINI: Kata-kata saya diputar belit media, Dr Mahathir beritahu Kit Siang

KLIK BACA: Bagaimana Jho Low boleh ada 2 pasport Malaysia dengan 2 nama, dakwa Anina Saadudin

DIKEMASKINIPeguam Mahathir cabar ketua SPRM siasat Najib semula

KLIK BACA: Polis Singapura berminat soal Jho Low dalam siasatan 1MDB

KLIK BACA: Jho Low tuduh orang Umno pakar putar belit, Khairy gesa siasat

TERKINI: Umno BN kalah PRU14 rakyat Malaysia seronok

Klik baca: Siasat Mahathir laju, tapi Jho Low? – Khairuddin Abu Hassan

Klik baca: Komen Tun M selepas ucapan Najib, jangan guna UMNO ‘angkat’ diri sendiri

Klik baca: Adakah semua pembahas UMNO sudah dikunci ‘anunya’? – Datuk A Kadir Jasin

Klik baca: Najib tanya Mahathir apa dia nak supaya jangan cakap soal 1MDB

Tolong Komen & Share