Malaysian Review

PAS TIDAK MAHU RAMPAS KUASA UMNO, SEDIA SOKONG BN, KATA HADI

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk pemerintahan daripada Umno dan sedia jadi pendokong kuat Barisan Nasional. – Gambar Malaysiakini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk pemerintahan daripada Umno, lapor Utusan Malaysia.

Menurut akhbar milik Umno itu, Hadi juga mengakui PAS bersedia menjadi pendokong kuat kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS bukanlah parti yang kemaruk kuasa kerana agenda sebenar mereka ialah untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah.

“Macam mana kita nak cari pemerintahan begini iaitu balik kepada Islam. Justeru, PAS mengajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira PAS atau Umno dan PAS tak tamak kuasa.

“Kalau Umno kembali pada Islam laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan sokongan rakyat kerana serta benar-benar ikhlas kerana Allah.

“Kita akan dokong agar Islam ditegakkan. PAS tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang PAS mahu hanya Islam ditegakkan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Ini bukan pertama kali PAS menunjukkan sokongan terbuka kepada musuh tradisinya Umno.

November lalu Hadi mengeluarkan kenyataan mahu menjadi penasihat kepada kerajaan.

Beliau berkata perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan dan bukannya lagi ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara. – TMI

*Baca: Najib dan Tunku Abdul Rahman banyak perbezaan – Aspan Alias

*Baca: Soalan kepada Ku Nan apa yang Muhyiddin rosakkan UMNO?

*Artikel ini pertama kali disiarkan di blog penulis politik terkenal Aspan Alias.

Jomaineseow
Author: Jomaineseow