Seorang pegawai polis yang menjadi terkenal selepas video beliau mencabar ah long bertarung satu lawan satu menjadi viral di media sosial, telah meninggal dunia.

Menurut akhbar China Press, Ketua Balai Polis Menglembu, ASP Chen Ah Kooy, 57, meninggal dunia akibat sakit semalam.

Tahun lalu, klip video selama 42 saat yang memaparkan Chen berpakaian seragam polis dan memakai cermin mata hitam memberi amaran kepada ah long supaya tidak menggantung kain rentang iklan itu di kawasannya.

Beliau kelihatan memegang seorang lelaki yang menggenggam sebidang kain rentang biasa mengenai iklan pinjaman wang yang digantung di tiang lampu dan pokok di seluruh negara.

“Saya tidak mahu MCA dan DAP mengadu kepada saya, Menglembu penuh pelekat ‘ah long’.

“Ah Long, kalau kamu berani, mari jumpa saya. Kita cek chow, kita bertarung. Kita boleh lawan.

“Kalau kamu ada pistol, boleh keluarkan. Saya tahu kamu ada pistol beli dari Thailand,” katanya dalam video klip itu.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Ipoh Sum Chang Keong kemudiannya memuji inisatif Chen itu tetapi berkata, ia perlu dibuat secara profesional.

Katanya, walaupun inisiatif itu baik, tetapi ayat dan bahasa yang digunakan adalah tidak sesuai.

Tolong Komen & Share