Tidak berpuas hati dengan tindakan penganjur Festival Filem Malaysia (FFM) mengasingkan kategori anugerah kepada Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia, pelakon dan penerbit filem Afdlin Shauki memutuskan tidak hadir pada majlis anugerah itu bulan depan.

“All the best kepada semua yang tercalon, yang tak tercalon oleh sebab kebangangan…. Tahniah kerana membuat Malaysia bangga dengan karya anda!” tulisnya dalam Instagram sambil meminta maaf kepada peminatnya.

“Bilalah anak Malaysia tak kira bangsa akan betul-betul dihargai karya-karya seni mereka sebagai karya Malaysia…. All the best kepada yg tercalon!!! FFM committee good luck to you all too.”
FFM tahun ini menjadi kontroversi selepas kategori Filem Terbaik dibahagikan kepada filem Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia.

Filem kritikal yang diiktiraf seperti “Ola Bola” oleh Chiu Keng Guan dan “Jagat” oleh Shanjhey Kumar dicalonkan di dalam kategori bukan Bahasa Malaysia.

Chiu dan Shanjhey turut dicalonkan dalam kategori pengarah bukan Bahasa Malaysia Terbaik.

Keputusan itu mengundang kritikan industri filem terhadap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia, yang mempersoalkan pengasingan kategori itu berbaur perkauman.

“Bagaimana Finas dan PFM memupuk perpaduan dalam industri filem Malaysia? Di mana 1Malaysia yang dianjurkan kerajaan?

“Ini Festival Filem Malaysia, bukan Festival Filem Melayu,” kata Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor dipetik Malaysiakini. – FMT

KLIK BACA: Isteri PM Singapura bawa dompet RM45 ke White House

Tolong Komen & Share