Posted 06/07/2013 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 
 

PR kena main dengan Polis dan DBKL, Perhimpunan Padang Merbok Kuala Lumpur

padang merbok
padang merbok

Sehingga ini tiada keputusan tetap samada Black 505 On or OFF venue date clash dengan program larian amal pertubuhan lain yg guna padang merbok. Senang buat kat Dataran Merdeka shj habis cerita. Klik sini baca apa perlu dilakukan jika datang ke perhimpunan aman terakhir ini?

PKR selalu terperangkap dengan keadaan buntu apabila menganjurkan sesuatu perhimpunan ekoran pemilik tempat dan polis masing-masing mahukan izin sebelah lagi pihak sebelum memberikan lampu hijau.

Terbaru, polis Dang Wangi dilaporkan berkata, permohonan PKR untuk mengadakan perhimpunan ‘Black 505′ di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 15 Jun ini tidak lengkap kerana tiada kebenaran daripada pemilik tempat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramlli berkata, berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, polis mahukan kelulusan pemilik tempat sebelum kebenaran diberikan; manakala pemilik tempat pula mahukan kebenaran polis terlebih dahulu.

“Keadaan ini mencipta halangan yang tidak perlu dan bertentangan dengan semangat Akta Perhimpunan Aman, yang mana isu kebenaran polis tidak timbul,” katanya ketika dihubungi semalam. Mkini

Share on FacebookTweet about this on TwitterGoogle+Share on LinkedIn
Klik Icon Share – MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sharing is Caring


Ana Ghoib

 
Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina


IKLAN MRM BLOGEZINE KLIK SINI HUBUNGI