Raja Azmi you rock babey……………


KUALA LUMPUR: Selepas gagal dalam percintaan dengan seorang lelaki muda berusia 27 tahun, kini penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman mengakui dia sudah pun menemui teman hidup baru yang seusia dengannya.

Raja Azmi, 54, berkata, dia telah mengenali lelaki yang merupakan pemain gitar sebuah kumpulan rock popular tahun 1990-an itu sejak empat bulan lalu dan akan mencukupkan tempoh masa enam bulan sebelum memutuskan untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan ikatan suami isteri yang sah.

“Seperti semua sedia maklum, agak sukar untuk saya hidup tanpa cinta. Selepas gagal dalam hubungan bersama lelaki muda, saya masih tidak berputus asa untuk mencari lelaki yang sesuai dengan diri saya.

“Dan Alhamdulillah, lelaki yang saya kenali sekarang ini kami berkenalan di gim. Sudah empat bulan kami kenal dan masing-masing serasi bersama.

“Insya-Allah kami bagi tempoh masa selama enam bulan sebelum memutuskan ke peringkat seterusnya. Jika ada jodoh, tunggu saja sidang media akan datang,” katanya.

Bagaimanapun tambah Raja Azmi, dia enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki itu sehinggalah kedua-dua mereka memutuskan untuk berkahwin.

Beritahu penerbit filem …Dalam Botol itu, walaupun sering kali melalui dugaan dan cabaran kontroversi terutamanya dalam kehidupan seharian, namun dia tidak pernah berasa tertekan dengan setiap perkara yang dilalui.

“Saya seorang wanita yang sentiasa berfikiran positif. Saya percaya setiap dugaan ada hikmahnya.

“Contohnya, dengan pelbagai kontroversi yang melanda membabitkan diri saya serta kegagalan dalam hal cinta tetapi Allah tetap memberikan kegembiraan dengan cara lain.

“Alhamdulillah, saya mempunyai teman lelaki yang benar-benar saya cintai dan kalau boleh kami ingin kahwin segera jika serasi, Insya-Allah. Doakan yang terbaik buat kami,” tuturnya.

Raja Azmi bergelar janda sejak setahun lalu bercerai talak satu dengan bekas jaguh badminton Jalani Sidek pada 27 Jun 2012 selepas 28 tahun berkahwin.

Terdahulu pada Khamis, Raja Azmi telah mengadakan sidang media bagi membersihkan namanya selepas seorang pemuda bernama Adam Davin atau nama sebenarnya Davinder Singh Gurchran Singh, 25, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis, Ampang Jaya atas dakwaan penerbit itu menggunakan media sosial untuk memfitnahnya.

Pemuda itu mendakwa Raja Azmi menuduhnya menipu duit pelakon lain, suka mencuri dan tidak memulangkan baju tajaan selepas dia menarik diri daripada menaja pembikinan sebuah filem milik Raja Azmi iaitu Anak Ikan bernilai RM1 juta.

 

Sumber Mstar

Tolong Komen & Share