M101 SkyWheel merupakan dua menara yang menempatkan roda Ferris bernilai RM1.4 bilion.

Walaupun bangunan pencakar langit M101 Skywheel akan dibina di Kampung Baru, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi jaminan ia tidak akan menjejaskan identiti kampung Melayu berkenaan.

Malah, beliau berharap pembinaan bangunan itu akan melonjakkan harga harta tanah di kawasan berkenaan.

“Kita harap ia akan jadi pemangkin untuk bangunkan lagi Kampung Baru. Kita dah ada (kondominium) Setia Sky.

“Kita harap ia akan beri satu anjakan khususnya di atas harga hartanah di Kampung Baru,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pecah tanah bagi pembinaan M101 Skywheel.

Ketika ditanya sama ada bangunan berkenaan yang akan menempatkan hotel Planet Hollywood dan pusat beli-belah di atas awan pertama (first sky shopping mall) diterima penduduk, Adnan hanya berkata:

“OK. Kampung Baru, Kampung Baru. (Bangunan) ini di pinggiran (Kampung Baru),” katanya lagi.

m101-skywheel-vincentkl-property

M101 Skywheel – Foto VincentKL Property

Semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah M101 Skywheel, Adnan berkata projek mega itu akan menjadi daya tarikan pelancong ke ibu negara.

Ini kerana, pemajunya, M101 Entiti merancang untuk meletakkan sebuah roda Ferris di atas bangunan setinggi 52 tingkat itu dan menjadikan ia roda Ferris tertinggi di Asia Tenggara seterusnya menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

Projek pembangunan bertaraf dunia, M101 SkyWheel merupakan dua menara yang menempatkan roda Ferris bernilai RM1.4 bilion.

Projek tersebut melibatkan pembinaan roda Ferris yang akan ditempatkan di tingkat 52 yang juga merupakan kedudukan tertinggi pada menara tersebut dengan menawarkan pemandangan dari ketinggian 220 meter.

M101 SkyWheel juga akan dilengkapi lebuh raya baru dan stesen MRT yang menjadikannya sebagai Pusat Bandar kedua di Kuala Lumpur.

Tolong Komen & Share