SEBAHAGIAN bekas kru MAS yang hadir sempena Majlis Reunion Makan Malam di Shah Alam, semalam. – Foto Shazreen Zamzuri

Seramai 360 bekas kru Sistem Malaysia Airlines (kini Malaysia Airlines Berhad) berhimpun buat julung kali pada Majlis Reunion Makan Malam di Acapella Suite Hotel di sini, malam semalam.

Mereka antaranya yang sudah terpisah lebih 40 tahun dan pernah bertugas antara 1970-an hingga 2015 hadir dalam majlis pertemuan semula anjuran Persatuan Bekas Anak-Anak Kapal Kabin MAS (ECCA) itu.

Selain bekas kru yang berada di negara ini, lebih 20 daripada mereka yang hadir adalah ‘tetamu’ dari seluruh dunia seperti Jepun, Kanada, Bangladesh, New Zealand, Australia dan beberapa negara Eropah lain.

Presiden ECCA Mohd Yunus Ismail, berkata objektif utama penganjuran majlis itu bertujuan mengumpulkan semula bekas kru yang pernah berkhidmat dengan MAS sejak 1972.


“Sejak syarikat MAS dihentikan dan bertukar kepada Malaysia Airlines Berhad (MAS), kami menubuhkan ECCA secara rasmi sejak Mei lalu dan mempunyai lebih 700 ahli di seluruh dunia.

“Berikutan menerima pelbagai permintaan daripada ahli, kita memutuskan untuk menganjurkan majlis perjumpaan semula ini yang sebahagian besarnya hasil usaha dan kerjasama antara mereka,” katanya ketika ditemui.

Mohd Yunus yang berkhidmat dengan MAS selama 44 tahun, berkata, pihaknya merancang menjadikan majlis perjumpaan semula itu sebagai program tahunan selain melaksanakan program kebajikan untuk ahli ECCA.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran bekas Pengarah Urusan MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Abdul Aziz berkata, beliau gembira dan terharu dengan sambutan diterima kerana turut membabitkan penyertaan bekas kru dari luar negara.

“Selain merapatkan hubungan dan silaturahim, ia memberi kesempatan kepada mereka untuk bertemu semula rakan setugas yang lama terpisah terutama dari negara lain.

“Ramai yang teruja dan tidak kurang terlupa nama rakan setugas kerana perubahan fizikal dan faktor usia. Ada daripada mereka masih bekerja dengan MAS dan syarikat penerbangan lain manakala ada yang sudah bersara,” katanya. –  Berita Harian


TERKINI: Bayangkan Baju Merah jaga Sabah berdepan lanun-lanun Abu Sayyaf

MalaysiakiniGani soal RM42j, PM kata: Dak, tak ada

KLIK VIDEO:  Jamal berlagak rampas bendera BERSIH 5, suasana kecoh

TERKINI: “Rafizi yakin Najib tidak akan berani isytihar harta secara terperinci”

KLIK VIDEO BERSIH 5: “DOJ kata kes 1MDB catat rekod dunia,” kata Husam

TERKINI: ‘Pemimpin lama keluarkan kata-kata kesat terhadap saya’ – Najib

TERKINI: Tun Mahathir dakwa Najib sabotaj demokrasi

Tolong Komen & Share