SEPANG – Nikmati hidangan India yang terkenal dalam penerbangan AirAsia dengan pengenalan Ashok’s Butter Masala Chicken Biryani dan Murukku yang kini boleh didapati dalam semua penerbangan AirAsia Malaysia (penerbangan kod AK).

Ashok’s Butter Masala Chicken Biryani pasti akan menyemarakkan lagi setiap perjalanan tetamu dengan ayam panggang yang empuk, Beriani pulao aromatik dan kari sayur-sayuran. Hidangan ini berharga RM12 sahaja apabila pratempah secara online di www.airasia.com, dan RM15 apabila dibeli semasa dalam pesawat.

Murukku, yang merupakan snek kegemaran rakyat Malaysia, hanya dijual dengan harga RM5 setiap hidangan.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Makanan adalah merupakan sebahagian daripada budaya kita terutamanya pada musim perayaan, dan kami gembira dapat menambah hidangan perayaan tersebut di dalam menu hidangan dalam penerbangan kami. Kami juga berharap tetamu yang pulang untuk meraikan Deepavali bulan depan akan menikmati menu istimewa kami, manakala para tetamu lain boleh mengalami pelbagai citarasa AirAsia yang ditawarkan di dalam penerbangan kami. ”

Ahli-ahli AirAsia BIG yang melakukan perjalanan dalam penerbangan Malaysia AirAsia (AK) yang telah pra-tempah Ashok’s Butter Masala Chicken Biryani atau Kabali Vegetable Biryani dari sekarang hingga 29 Oktober 2016 dan melakukan perjalanan dari 20 Oktober hingga 31 Disember 2016 akan diberi ganjaran sebanyak 100 mata AirAsia BIG, manakala pra-tempah bagi makanan lain akan mendapat 50 Mata Ganjaran AirAsia BIG.

Ashok’s Butter Masala Chicken Biryani juga akan didapati di dalam semua penerbangan Malaysia AirAsia X (kod penerbangan D7), bersama-sama dengan hidangan perayaan lain seperti Roti Prata dengan Kari Ayam, serta Idli dengan Sambar serta Kesari untuk destinasi terpilih mulai 15 Disember 2016.

Menu hidangan baru di dalam penerbangan Malaysia AirAsia X boleh di pra-tempah secara online bermula dari RM15 setiap, atau RM19 apabila dibeli di dalam pesawat. AirAsia dan AirAsia X amat menggalakkan semua tetamu untuk pra-tempah makanan mereka untuk lebih penjimatan dan untuk menjamin makanan pilihan mereka tersedia.

Selain daripada menu perayaan, snek baru yang ditambah di dalam kedua—dua syarikat pnerbangan tersebut adalah Nachos dan Salsa Dip yang berharga RM10 untuk Malaysia AirAsia (AK) dan RM12 disajikan dengan Coca-Cola untuk Malaysia AirAsia X (D7). Malaysia AirAsia (AK) turut memperkenalkan hidangan kanak-kanak baru – Nugget Ayam yang dijual di dalam pesawat pada harga RM10 sahaja.

Sila layari laman web AIRASIA TEMPAHAN MENU untuk senarai penuh dan harga menu Santan.

Tolong Komen & Share