Syarikat penerbangan Malaysia Airlines tidak memenuhi peraturannya sendiri untuk menjejak lokasi kehilangan pesawat MH370 ketika ia berada di udara, dakwa sebuah buku baharu, lapor Daily Mail UK.

Wartawan Christine Negroni dalam sebuah buku berjudul Crash Detectives mendakwa syarikat penerbangan Malaysia itu gagal memastikan pesawat malang itu sentiasa dikesan.

Beliau menulis peraturan syarikat berkata lokasi semua kapal terbang perlu dipantau – dengan menghantar data secara tetap untuk pengawal di lapangan terbang – ‘di sepanjang fasa penerbangan’, lapor akhbar itu.

Tetapi Negroni berkata menerusi laporan juruaudit dalaman, dinyatakan bermula April 2013, syarikat penerbangan itu tidak memenuhi syarat berkenaan dan jika mengikut undang-undang ia tidak sepatutnya dibenarkan untuk terbang.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Setakat ini, penyiasat masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar kehilangan pesawat pada 8 Mac 2014 itu atau menemui bangkainya.

Negroni mendakwa pemangku menteri pengangkutan ketika pesawat itu hilang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tahu mengenai audit berkenaan tetapi tidak mengakuinya kepada wartawan.

Hishammudin pada satu sidang media 2 hari selepas kehilangan pesawat itu berkata tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan.

“Syarikat penerbangan itu dimaklumkan oleh kakitangannya sendiri yang ia tidak dapat mematuhi peraturan pengesanan,” kata Negroni kepada thedailybeast.com.

Akhbar itu berkata laporan juruaudit yang dilihat Negroni tidak menyatakan berapa kerap kapal terbang sepatutnya dikesan.

Tetapi beliau mendapati penerbangan jarak jauh MAS kini menghantar makluman pengesanan setiap 5 minit.

Peguam warga Amerika Syarikat Blaine Alan Gibson turut menjalankan siasatan persendirian terhadap nasih MH370 dan menemui serpihan bangkai itu pada Mac, menurut akhbar itu.

Operasi pencarian yang diketuai Australia sedang mengorek lantai lautan di sekitar 120,00 km persegi di kawasan terpencil Lautan Hindi di mana pihak berkuasa percaya menjadi tempat terhempasnya pesawat itu.

Pencarian itu hampir tamat, tetapi keluarga kini berdepan kemungkinan ia akan dihentikan. – FMT


KLIK INFO: DOA CAHAYA ‘NUR’ YANG DIAJAR RASULULLAH KEPADA FATIMAH AZ ZAHRA

TERBARU: Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low? – Datuk A Kadir Jasin

TERKINI: Selepas keluar Umno, Ezam ingatkan cabaran umat Muhammad adalah harta

TERKINI: Bayangkan Baju Merah jaga Sabah berdepan lanun-lanun Abu Sayyaf

Tolong Komen & Share