Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sedikit sahaja lagi perubahan jumlah wakil rakyat, boleh menumbangkan tiga kerajaan negeri BN – Perak, Terengganu dan Johor – sebelum pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata demikian merujuk kepada ADUN Jorak, Datuk Shahruddin Md Salleh keluar Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) awal minggu ini.

Tegasnya, bila sesuatu dimulakan, maka yang akan berkembang dan “lain-lain nak tiru”.

Mahathir berkata di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.

Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, kerajaannya akan tumbang.

“Tak payah tungguh PRU14, kita boleh memerintah di negeri-negeri ini termasuk Selangor dan Pulau Pinang,” katanya dalam satu ceramah di Muar malam tadi.

BN akan kehilangan majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang mempunyai 32 ADUN dan juga di DUN Perak yang mempunyai 59 ADUN, jika dua wakil rakyat melompat menyertai pembangkang.

Di Johor, kata Mahathir, jika 10 lagi ADUN BN mengikuti jejak Shahruddin, “kita dah jadi kerajaan Johor”. – Malaysiakini

KLIK VIDEO: Konvoi BERSIH diganggu Pemuda Umno Kedah di Alor Setar

TERKINI: Selamat berjaya, kata duta Amerika kepada Najib

TERKINI: Harapan rakyat kepada Majlis Raja-Raja – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Kenapa PAU 2016 tertutup hanya untuk media arus perdana?

KLIK BACA: Bendung ‘dana gelap’ JPM keutamaan dalam Bajet 2017

TERBARU: Gambar perkahwinan Awie dan Sharifah Ladyana

KLIK VIDEO: Budak Syria menangis, ‘apa aku dah buat pada kau Bashar?’

KLIK BACA: Hadis Qudsi Peringatan Untuk Pejuang Islam Di Syria

TERKINI: “Rafizi yakin Najib tidak akan berani isytihar harta secara terperinci”

Tolong Komen & Share