Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berani untuk merombak legasi negatif bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bagi memastikan kerajaan sedia ada terus menjadi pilihan rakyat.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, sudah tiba masanya untuk kepimpinan tertinggi negara mengambil langkah berani agar rakyat tidak terus terbeban dengan legasi negatif yang ditinggalkan bekas perdana menteri itu.

“Saya tidak nafikan beliau (Mahathir) ada laksanakan projek positif yang memberi kebaikan kepada rakyat, tetapi legasi yang negatif perlu ditinggalkan supaya tidak terus memberi beban kepada rakyat.

“Mana-mana yang tidak untungkan rakyat rakyat, kita perlu rombak…kita harap perdana menteri (Najib) ada sokongan untuk tangani perkara ini dan kita menyokong penuh.

“BN kena jadi juara rakyat dan kita perlu rombak mana-mana legasi negatif yang ditinggalkan seperti penswastaan sisa pepejal dan kenaikan tol setiap dua tahun sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Himpunan Jentera Penerangan Umno Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, semalam. – Sumber Sinar Harian


Nota Ana Ghoib: Warisan negatif Mahathir contoh buruk cuma tol dan sisa pepejal sahaja yang boleh difikirkan Annuar Musa?

Tiadakah modal lain baginya walhal perjanjian konsesi itu tol dan sisa pepejal itu boleh dirombak oleh kerajaan yang berkuasa.

Bagaimana dengan IPP dan tanah TRX yang tergadai kepada China?

Susah-susah pun negara tanah tumpah darah AKU maka janganlah engkau melayu merapu meraban mempertahan perkara batil dan bodoh.

Beginilah bila negara ditadbir orang yang tak pernah merasa susah lahir dalam sangkar emas, makan guna sudu perak, pinggan air emas dan segala tersedia baginya.

Rosak tidak tahu membetulkan menyalahkan segala kemudahan asas yang disediakan.

Dari setiap batu bata Putrajaya dan kerusi yang kamu duduk disediakan Mahathir.

Jika salah dan tidak layak mengaku sahajalah dan berundur secara terhormat itu lebih baik.

Usahlah dikenang-kenang salah silam tapi apa yang hari ini kamu pemimpin Umno lakukan kepada negara sedarlah sendiri.

Cukup-cukuplah dolak dalik dan tambah menambah makan memboyot perut memenuhkan tembolok.

Kepada Ana Ghoib mudah sahaja apabila seorang Perdana Menteri bercakap salah, bohong, silap di PARLIMEN malah tidak tahu apa yang ditandatanganiNYA cukuplah menjadi bukti hilang kelayakan menjadi pemimpin bumi melayu keramat ini yang IA telah bersumpah dengan Al Quran memegang jawatannya.

hutang-1mdb

Foto Suara Rakyat Facebook

Nota Ana Ghoib aku tak taksub Mahathir, Najib dan kagum pada sesiapa pun kecuali Allah dan Rasul.

Dari firman Allah: “Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).

“Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!” – (Fussilat 41:22-23)

Soalnya KAMI boleh memaafkan dan kamu mahu masuk syurga dengan ampunan dan redha Allah tetapi bagaimana jika pohonan kamu tertahan kerana ada insan lain yang terkena, teraniaya, tertekan termasuk AKU kami mereka kamu dan semua bangsa dan kaum menuntut akan kesalahan kamu kelak justeru tidak memaafkan, apakah kamu fikir demikian itu mudah diakhirat kelak?

KLIK VIDEO: Polis lindungi konvoi BERSIH 5 dihalang Baju Merah di KEDAH

KLIK VIDEO: Dr M: Sikit saja lagi, tiga kerajaan negeri BN boleh tumbang

CLICK READ:  ‘Najib’s meeting with one of the world’s oldest kleptocrats is troubling’ – Kit Siang

TERKINI: Selamat berjaya, kata duta Amerika kepada Najib

TERKINI: Harapan rakyat kepada Majlis Raja-Raja – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Kenapa PAU 2016 tertutup hanya untuk media arus perdana?

KLIK BACA: Bendung ‘dana gelap’ JPM keutamaan dalam Bajet 2017

Tolong Komen & Share