oleh Rafizi Ramli

Melihatkan kekasaran yang berlaku sehingga ada yang menendang saudara sendiri sebegitu kasar; banyak mengingatkan saya tentang bahaya sentimen perkauman.

Memang mudah membuat kesimpulan ringkas bahawa #BERSIH itu didalangi kaum Cina yang mahu menjatuhkan Melayu.

Dipetik dan digarab juga soal Islam konon itu agenda menjatuhkan Islam.

Lalu pagi ini saya teringat Ayat 22, Surah Ar Ruum (Rome).

Saya selalu juga dituduh menjadi kuda tunggangan DAP dan macam-macam lagi kerana konon dilihat “mesra Cina”.

Sesungguhnya kita wajar bertimbang rasa dan berbudi dengan yang bukan Melayu bukanlah sebab atau bukti kita telah menjadi kuda tunggangan DAP, seperti yang selalu diputarbelitkan.

Allah SWT mengingatkan kita bahawa perbezaan warna kulit dan bahasa di kalangan manusia adalah bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT.

Maka mereka yang membenci bangsa lain kerana warna kulit dan bahasa yang berlainan itu adalah tidak berpengetahuan.

Bersetuju atau tidak bersetujulah dengan sesuatu pendapat atau tindakan itu dari segi kebaikan dan keburukan (pendapat atau tindakan itu), bukan atas sebab ia datang dari kaum yang berlainan dari kita.

rafizi-ramli-cina-dap-facebook-bersih

Nota berkecuali Ana Ghoib: Jika Rafizi teringat Surah Ruum makanya dia terilham untuk mengingat kerana Maha Suci Allah seperti firmannya di dalam Al Quran menyebut dialah yang mengingat dan yang melupakan dan dialah yang mentertawa dan mendukacitakan.

Al Quran itu juga didalam terdapat di dalamnya peringatan atau tawaran Allah bahawa ia akan diingati kepada mereka hamba-hambaNya yang mahu.

Terimakasih Rafizi bukanlah dia sudah jadi pendakwah tetapi sememang sikap dakwah itu memang sudah ada dalam diri muslim yang suka kebaikan, menyuruh orang berbuat kebaikan maka tidak ada klasifikasi atau kastanya ini juga termasuk gelar ulama di mana muslim yang takut Allah sahaja sudah dianggap ulama. [masalahnya yang bergelar ulama tak berapa takut Allah pula dalam beberapa hal…]

Dari apa yang dikatakan Rafizi soal kaum itu benar tiada sanggahan lagi atas perkara yang benar melainkan si muslim itu condong kepada yang batil.

Budak-budak baju merah ini tak faham jika Bersih 5 hendak berhimpun sekali pun biarlah itu hak mereka dan sudah mendapat izin penguasa.

Jika Baju Merah hendak ikut serta silakan dan tak perlulah bermulut celupar, cabar mencabar, mengugut dan membuat bebau naik syeikh tak tentu hala seperti zaman purbakala.

Kepada soal kaum ini tak kira tua muda sebenarnya ia soal mahu ingat dan amal serta IMAN kepada firman Allah.

Kepada mereka yang sudah ke Makkah [Haji] tentunya banyak mengambil ibrah bahawa makhluk Allah itu terdapat pelbagai dan siapa tahu kelak di akhirat kamu akan berjumpa para Nabi [ratus ribu anbiya..] dari pelbagai jenis bangsa yang beragam warna kulitnya yang tidak kamu sangka-sangka.

Bertenang InsyaAllah ikut nasihat Rafizi [yang baik kalau jahat kita tolak] untuk setuju atau tidak berdasarkan kebenaran dan kebetulan tanpa sentimen perkauman untuk Malaysia yang lebih baik aman makmur dan diberkati terutamanya.

Sejujurnya Ana Ghoib memperkudakan DAP dengan pendapat benarnya untuk membetulkan Umno.

Jikalau dalam proses itu Umno tidak mahu membetulkan diri segera jadi kalah tertumbang lalu DAP mendapat laba politik seperti juga MCA hari ini….maka itu kehendak Allah di mana IA berhak memberi kerajaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Ghulibatir Ruum…jadi hendaklah engkau beringat serta takut bahawa bukan semuanya hak kamu dan cukup-cukuplah bersukaria.

KLIK BACA: Isteri redha Rafizi dipenjara ketika anak-anak masih kecil 

KLIK VIDEO PENJELASAN KES: Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam

DIKEMASKINI: Tun Mahathir sudah hantar surat kepada semua Sultan Melayu

KLIK BACA: “BAJU MERAH PERANGI SKANDAL KEWANGAN GUNA KERIS LEMBING”

kana-ana-najib-kaya

Nota Ana Ghoib: Politics are a weapon to use in the cause of Islam.

Allah will support the just state even if it is led by unbelievers, but Allah will not support the oppressive state even if it is led by believers.

When people help one another in sin and transgression, they finish by hating each other.

This whole religion revolves around knowing the truth and acting by it, and action must be accompanied by patience. – Ibn Taymiyyah


KLIK BACA: “BAJU MERAH PERANGI SKANDAL KEWANGAN GUNA KERIS LEMBING”

DIKEMASKINI: Tun Mahathir sudah hantar surat kepada semua Sultan Melayu

KLIK BACA: Najib mesti berani rombak warisan ‘negatif’ Dr Mahathir

TERKINI: Harapan rakyat kepada Majlis Raja-Raja – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Kenapa PAU 2016 tertutup hanya untuk media arus perdana?

Tolong Komen & Share