Tan Sri Tony Fernandes bersama Datuk Badlisham Ghazali ketika kunjungan AirAsia ke pejabat Malaysia Airports Holdings Berhad. — Foto Facebook Tony Fernandes

SEPANG – Tan Sri Tony Fernandes menamatkan sengketa 15 tahun dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dengan melawat ibu pejabatnya di sini buat kali pertama hari ini.

Ketua pegawai eksekutif Kumpulan AirAsia sebelum ini terlibat dalam perseteruan pahit dengan pengendali lapangan terbang itu, termasuk didakwa enggan membayar cukai berjumlah jutaan ringgit.

“Hari bersejarah. Pertama kali di pejabat MAHB. Memutuskan untuk melupakan kisah silam,” kata Fernandes melalui media sosial awal petang ini lapor Malay Mail.

Tan Sri Tony juga bergambar bersama pengarah urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali.


Rombongan pegawai tinggi AirAsia turut kelihatan bergambar beramai-ramai dengan pemimpin MAHB, kemungkinannya di pejabat pengendali lapangan terbang itu.

Fernandes mendedahkan lawatan itu termasuk mesyuarat “penting” di mana kedua-dua pihak cuba menyelesaikan pertikaian, terutama KLIA2 yang AirAsia impikan menjadi “Dubai di Asia”.

KLIK BACA: Proton tidak wajar utamakan rakan Mahathir, kata pegawai Rosmah

KLIK BACA: Sultan Muhammad V Kelantan dispekulasi Agong Baharu

KLIK BACA: Najib dakwa dua individu kini ancam perpaduan negara

TERBARU: Bank kena tutup, tidak mungkin pencuri tangkap diri sendiri, kata Husam

TERKINI: Dr Mahathir: Keluarga si mati tak boleh tuntut keadilan?

PENDEDAHAN: Video – Suruh rakyat bayar, pemerintahan cara ini mesti ditukar – Dr Mahathir

KLIK BACA: Pendakwaan di Switzerland seharusnya lebih menakutkan Najib

KLIK BACA: Umno juga akan ‘tutup kedai’ kerana 1MDB, tunggulah…?

Tolong Komen & Share