Rakyat Malaysia meringkuk di pusat tahanan imigresen Australia akibat tertipu dengan sindiket memetik buah – Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Seramai 34 orang rakyat Malaysia meringkuk di pusat tahanan imigresen Australia akibat tertipu dengan sindiket memetik buah-buahan, dedah NGO Bersih Sydney.

Berdasarkan kenyataan di laman Facebook rasmi mereka, jurucakap pertubuhan bukan kerajaan itu berkata, rakyat Malaysia tersebut ditahan selepas ditangkap bekerja sebagai pemetik buah di ladang beri biru di Coffs Coast tanpa visa sah.

“Mereka menjadi pekerja haram di negara berkenaan selepas tertipu dengan skim penipuan memetik buah yang semakin berleluasa,” katanya.

Menurutnya, ejen yang beroperasi di Malaysia menggunakan nama syarikat pelancongan mendakwa boleh membantu rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan sebagai pemetik buah-buahan di Australia dengan bayaran serendah RM3,999.

Selain itu, mereka turut mendakwa menyediakan tambang kapal terbang, perbelanjaan hotel, permohonan visa, penginapan dan pengangkutan.

“Ejen berkenaan mengelirukan rakyat Malaysia yang berminat dengan mendakwa visa pelancongan atau visa pelajar memadai bagi membolehkan mereka bekerja di Australia,” katanya.

Namun, sebaik sahaja pekerja itu ditangkap, ejen terus lepas tangan manakala mangsa sendirian menanggung hukuman di Australia selain diusir pulang.

Bersih Sydney telah dihubungi NGO kebajikan Kristian, Salvation Army Australia, bagi membantu rakyat Malaysia termasuk dua di bawah umur yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood, Melbourne.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia juga mengeluarkan amaran berhubung penipuan itu dan menasihatkan orang ramai supaya memohon visa secara sah sekiranya berminat bekerja di negara berkenaan.

“Permohonan visa itu dilakukan secara haram melalui sistem Electronic Travel Authority,” kata jurucakapnya dilapor Harian Metro sambil menambah sistem visa elektronik itu tidak memberi kebenaran untuk bekerja di Australia. – Malay Mail

Nota Ana Ghoib: Dua hari lepas Mahathir-Anwar membuat kenyataan damai Najib pula membuat kenyataan di bawah!

KLIK BACA: Najib dakwa dua individu kini ancam perpaduan negara

KLIK BACA: Anak Tun Mahathir, Mokhzani dakwa diminta letak jawatan SIC

KLIK BACA: Proton tidak wajar utamakan rakan Mahathir, kata pegawai Rosmah

KLIK BACA: Sultan Muhammad V Kelantan dispekulasi Agong Baharu

TERBARU: Bank kena tutup, tidak mungkin pencuri tangkap diri sendiri, kata Husam

TERKINI: Dr Mahathir: Keluarga si mati tak boleh tuntut keadilan?

Tolong Komen & Share