Idris Haron mengulas tindakan lebih 30 pemimpin akar umbi Umno dan bekas Exco Pemuda, Mohd Rafiq Naizamohideen keluar parti kerana tidak percaya kepada Najib

MELAKA – Kepimpinan tertinggi Umno di semua peringkat termasuk akar umbi diminta berwaspada dengan segelintir anggota parti yang diumpamakan ‘kudis’ kerana mereka boleh merosakkan seluruh jentera Umno sekiranya tidak dirawat dengan baik.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, anggota parti, yang dilihat mempunyai niat negatif terhadap Umno, perlu disisihkan segera agar tidak memberi kesan pada pergerakan jentera parti Umno dan BN dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Ada individu di dalam Umno yang di hadapan kita mengaku bersama perjuangan parti tetapi di belakang kita, mereka tidak bersama dan inilah sebenarnya cabaran yang perlu kita hadapi.

“Saya telah mengesan beberapa individu yang merupakan penyokong parti pembangkang tetapi di hadapan kita, berlakon seolah-olah mereka tetap bersama kita (Umno). Orang ini nanti, apabila kita berhadapan dengan pilihan raya umum, akan menyusahkan kita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Idris diminta mengulas tindakan lebih 30 pemimpin akar umbi Umno termasuk bekas Exco Pemuda, Mohd Rafiq Naizamohideen semalam yang mengumumkan keluar daripada Umno kerana hilang keyakinan terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata tindakan Mohd Rafiq merupakan kelegaan buat parti kerana tidak perlu lagi risau tentang individu yang tidak setia dan mempunyai perancangan tidak baik terhadap parti berkenaan.

“Saya pada mulanya tidak mengambil berat tentang pengumumannya keluar parti tetapi sikapnya yang memburukkan kepimpinan Umno itu adalah fitnah,” katanya. – Bernama

DIKEMASKINI: Muhyiddin – Tuduhan Najib ‘cerita karut’ Melayu berpecah sebab Mahathir dan Anwar

BETULKAN FITNAH? LIHAT VIDEO: “Kita nak PRU-14 Najib iaitu UMNO Sdn Bhd disingkirkan,”

TERBARUBank kena tutup, tidak mungkin pencuri tangkap diri sendiri, kata Husam

KLIK VIDEO: Bakal abang ipar mati ditikam di tempat letak kereta pejabat Agama

MAHATHIR TOLAK MKNDr Mahathir: Keluarga si mati tak boleh tuntut keadilan?

KLIK BACA: Mahfuz jawab Ku Nan: Minta letak jawatan, tak nak orang gila berkuasa

VIDEO TERKINI“Ini polis tau, jangan guna kekerasan runding betul-betul’

TERKINI: ‘Najib, terima kasih tangkap saya. Akhirnya dapat jumpa Anwar di penjara’

Tolong Komen & Share