Menjelang perhimpunan besar-besaran 19 November ini, pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah hari ini mengesahkan menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

“Saya terima banyak (ugutan) jenis ini melalui nombor (telefon) yang tidak dikenali.

“Biasanya saya tidak peduli tetapi yang ini agak keterlaluan,” katanya yang turut memikirkan keselamatan tiga orang anaknya.

Maria akan membuat laporan polis petang ini.

Beliau merujuk kepada gambar suntingan yang memaparkan beliau seperti dalam keadaan berlutut sambil pisau diajukan padanya.

Gambar manipulasi itu kelihatan seperti aksi kumpulan bersenjata IS.

Selain Maria, turut berdepan ancaman sama bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pegawai urus setia BERSIH Mandeep Singh.

Sementara itu, Mandeep ketika dihubungi berkata beliau juga ‘keliru’ dengan apa yang berlaku.

“Dulu kita dituduh IS. Sekarang IS nak bunuh kita. Saya pun confused (keliru),” guraunya.

Pemimpin kempen anti-BERSIH Datuk Seri Jamal Yunos pada 28 September lalu mendakwa perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini diresapi elemen kumpulan pengganas IS.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini bagaimanapun berkata, beliau tiada maklumat tentang kenyataan pemimpin ‘baju merah’ itu. – Malaysiakini

TERKINI: Masa untuk ‘ikat perut’, kata Najib kepada kementerian

KLIK VIDEO: Jamal yang cari gaduh, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Salah faham punca ‘doktor’ disangka penjenayah pukul polis

KLIK BACA: Azlina Husin tak sangka bakal suami sanggup tikam abang

Tolong Komen & Share