KUALA LUMPUR, 26 Okt — Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyangkal dakwaan bahawa perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia akan ditamatkan dalam masa terdekat.

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Razlan Razali berkata tindakan menghentikan penganjuran perlumbaan tidak semudah itu berikutan SIC masih mempunyai kontrak penganjuran F1 dengan Formula One Management (FOM) sehingga 2018.

“Ia melibatkan isu perundangan jika SIC melanggar perjanjian yang telah dimeterai pada tahun lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, SIC kini sedang menyemak semula penganjuran F1 Grand Prix Malaysia dan sebarang keputusan akan ditentukan selepas kontrak tamat dengan FOM.

Katanya, perlumbaan tahun depan akan tetap diteruskan. Malaysia menjadi hos perlumbaan berprestij itu sejak 1999.


Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya Malaysia menghentikan penganjuran perlumbaan F1 untuk sementara waktu kerana kos penganjuran yang tinggi.

Sementara itu, penaja utama F1 Grand Prix Malaysia, Petronas, akan meneliti keputusan SIC dengan FOM berkenaan isu penamatan penganjuran di Malaysia.

Pengurus besar pengurusan jenama, kumpulan komunikasi strategik Petronas, Rizan Ismail berkata ketika ini pihaknya tidak menerima sebarang kenyataan daripada FOM atau SIC.

“Kami sudah pasti akan mendengar apa yang diputuskan kerana kontrak Petronas adalah dengan FOM… jadi terpulang kepada SIC dan FOM untuk memutuskan.

“Sebaik sahaja ada keputusan, saya pasti kami akan dimaklumkan dan kami akan menyemak semula dan mengambil tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media mengenai Program Pembangunan Bakat Petronas di Petaling Jaya, hari ini. — Bernama

KLIK VIDEO: ‘Husni pun tak tahu operasi 1MDB, ia rahsia besar Najib,’ – kata Tony Pua

KLIK BACA: Perbuatan sembunyi kesalahan urusan Kerajaan salah di segi undang-undang – Tun Mahathir

TERKINI: Peguam Haniff Khatri tarbiahkan Rahman Dahlan, rezeki dari ALLAH

KLIK VIDEO: 1MDB Arul Kanda sahaja, Proton dan MAS ribuan pekerja – Shafie Apdal

KLIK BACA: Pembohongan tiada wang tunai 1MDB dibawa balik – Mahathir

KLIK VIDEO: Di Singapura dua bank tutup apa akan jadi kepada negara kita? – Husni Hanadzlah

Tolong Komen & Share