PETALING JAYA: Masalah kewangan punca kerajaan bercadang untuk menghentikan penganjuran perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) selepas kontrak penganjuran tamat pada 2018.

Pengkritik sukan Tan Sri Prof Khoo Kay Kim percaya pelumbaan itu mengalami masalah tajaan syarikat swasta yang berkurangan dan penjualan tiket yang merosot.

“Saya rasa tidak dapat dielakkan kalau ada masalah kewangan. Bergantung kepada pihak pemerintah sama ada kita mampu anjur F1 atau tidak,” katanya ketika dihubungi FMT.

Kerajaan dilaporkan sedang menimbangkan untuk menghentikan penganjuran F1 antara lain kerana kemerosotan jualan tiket dan tontotan televisyen.

Ketua Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, jualan tiket F1 merosot sejak 2014 dan laporan awal menunjukkan kadar tontonan televisyen di Malaysia tahun ini terendah dalam sejarah.

“Tiket ini memang banyak masalah sejak kita jadi tuan rumah pada tahun 1999. Disebabkan tidak memperoleh laporan jelas jadi banyak tuduhan, lebih lagi sukan yang begitu besar” kata Kay Kim.

Malaysia mula menganjurkan F1 di Sepang pada 1999 dan kali terakhir perlumbaan itu diadakan di negara ini ialah 2 Oktober lalu yang dijuarai pemandu Red Bull Racing, Daniel Ricciardo dari Australia.

Penaja utama perlumbagaan F1 negara, Petronas, menerima tamparan hebat susulan kejatuhan harga minyak kebelakangan ini.

“Bagaimanapun kerajaan perlu mengambil langkah untuk menambahkan hasil negara sekiranya mahu meneruskan penganjuran F1,” katanya.

Sementara itu, Kay Kim menyarankan kerajaan supaya menumpukan acara sukan yang lebih “penting” seperti Sukan Paralimpik.

“Ini jelas selepas dalam Bajet 2017, kerajaan telah menambah peruntukan dalam sukan. Mungkin sukan Paralimpik lebih penting buat masa ini disebabkan kejayaan yang diperoleh baru-baru ini.” – FMT

TERKINIPengacara Dahlan Maamor digantung dari BERNAMA TV kerana pandangan isu Najib?

KLIK BACA: ‘Khairy bijak Malaysia tak perlu F1 yang mahal, 1MDB promosi percuma’

TERKINI: Lelaki dipercayai bunuh diri selepas kecam kerajaan dan PAS

KLIK BACA: 1MDB: Dalam Islam pemimpin salah ditegur bukan buang – Annuar Musa 

KLIK BACA: Najib tidak layak bercakap soal kebenaran – Zaid Ibrahim

TERKINI: Peguam Haniff Khatri tarbiahkan Rahman Dahlan, rezeki dari ALLAH

TERKINI: Ezam: 1MDB dan SRC punca letak jawatan di MOF

KLIK BACA1MDB: Dalam Islam pemimpin salah ditegur bukan buang – Annuar Musa 

KLIK BACA: Perbuatan sembunyi kesalahan urusan Kerajaan salah di segi undang-undang – Tun Mahathir

Tolong Komen & Share