Sebuah pesawat Tigerair milik syarikat penerbangan Singapura, Tiger Airways. – Foto Utiket.com

SINGAPURA 6 Nov. – Sebuah pesawat Tigerair yang baharu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong untuk ke Singapura terpaksa berpatah balik selepas cermin di bahagian kokpitnya retak semalam.

Strait Times yang memetik laporan Shin Min Daily News berkata, ketika kejadian, terdapat 156 penumpang dalam pesawat milik syarikat penerbangan Singapura, Tiger Airways itu.

Seorang jurucakap Tigerair ketika dihubungi Shin Min Daily News kemudian memberitahu, cermin itu retak dipercayai selepas dilanggar oleh seekor burung.

Katanya, pesawat berjaya mendarat semula dengan selamat di Hong Kong dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. – Agensi

KLIK VIDEO: 3 Supermoon akhiri tahun 2016, 14 November bulan paling besar

Tolong Komen & Share