Jamal Md Yunos berkata BERSIH mempunyai “agenda jahat” menghasut rakyat menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak – Foto The Rakyat Post

Penangkapan Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariat gabungan itu Mandeep Singh adalah perkara yang sepatutnya dilakukan polis dalam memelihara keamanan, kata pemimpin Baju Merah.

Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata sememangnya BERSIH mempunyai “agenda jahat” menghasut rakyat turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dipilih secara demokrasi menerusi sistem pilihan raya.

“BERSIH sebenarnya tiada hak untuk bersuara dengan mencanang mereka mewakili rakyat kerana pertubuhan ini haram dan tidak berdaftar secara sah.

“Saya juga berasa amat hairan dengan sikap sesetengah orang Melayu yang boleh terhasut dengan agenda kotor BERSIH,” katanya lapor Malaysiakini.

Maria dan Mandeep ditangkap ketika polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya petang tadi.

Sebelum itu, Mandeep berkata serbuan itu dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ketika laporan ini ditulis, polis hari ini menangkap sekurang-kurangnya 11 individu, merangkumi aktivis, ahli politik dan pemimpin pelajar.

Dalam kenyataan malam ini, Jamal juga berkata kumpulannya akan memastikan BERSIH gagal meneruskan demonstrasi esok.

“Sama-sama kita mendoakan agar Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman esok,” katanya.

KLIK BACA: Dr Mahathir: BERSIH5 peluang terakhir rakyat

KLIK AUDIO: Ucapan terakhir Najib menjelang Bersih 5

KLIK VIDEO: Maria BERSIH ditangkap, komputer dirampas

TERKINI: Ringgit terus jatuh, cecah paras 4.4 berbanding dolar

KLIK VIDEO: Komen Tun Mahathir mengenai kejatuhan ringgit

KLIK BACA: Hutang Malaysia hampir satu trilion – Mahathir

DIKEMASKINIRafizi tidak dipenjara jika laporan audit 1MDB bukan rahsia – Mahfuz

KLIK VIDEO: ‘Tun Mahathir hilang pertimbangan, umur dah 92 tahun’ kata Hasan Arifin

TERKINITun Mahathir soal pemimpin Umno bila lagi?

KLIK BACA: DR MAZA – Menakutkan bila orang yang jujur, bijak dan berjasa sebagai penjenayah dan sebaliknya, penjenayah dijadikan ketua dan dibela.

KLIK SINI: BACA TULISAN TUN MAHATHIR UNTUK LEBIH MUDAH DIFAHAMI ORANG MELAYU

KLIK BACA: Syaidina Abu Bakar pesan kepada Umar jangan bela kepalsuan

KLIK BACA: TOLONG JANGAN GUNA MKN TANPA RUJUK AGONG

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

Tolong Komen & Share