KUALA LUMPUR: Pelawak Harith Iskander dikejutkan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 pada malam penghargaan bersempena kemenangannya pada pertandingan Funniest Person in the World di Finland 10 Disember lalu.

Hadiah tersebut disumbangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai menghargai kecemerlangannya mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak turut hadir pada acara itu bagi menyampaikan hadiah tersebut kepada Harith.

Pada 10 Disember lepas, Harith diumumkan juara pertandingan Laugh Factory Funniest Person in the World di Finland setelah menewaskan empat finalis lain, sekali gus membolehkannya menerima hadiah AS$100,000 (RM443,000).

Sementara itu, Harith ketika ditemui pemberita berkata beliau berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia atas penghargaan itu.

“Saya masih terkejut dengan apa yang berlaku dan sepanjang 26 tahun bergelar anak seni, inilah penghargaan tertinggi yang saya terima,” katanya.

Menjelaskan mengenai perancangan masa depan, Harith berkata beliau akan melakukan persembahan komedi dalam jelajahnya di Amerika Syarikat sebagai memenuhi syarat penganjur pertandingan bermula Februari ini.

“Peluang mengadakan persembahan di sana akan saya gunakan untuk meletakkan lawak solo Malaysia pada standard yang lebih tinggi supaya ia lebih dikenali,” katanya.

Harith berkata beliau merancang mengadakan konsert besar-besaran pada akhir tahun ini untuk mengetengahkan bakat komedi solo tempatan bagi memperkembangankan lagi industri itu di negara ini. – Bernama | Foto The Star – Low Boon Tat

KLIK BACA: Cari Rezeki Halal, Kisah Tukang Batu Di Cium Tangannya Oleh Rasulullah

TERBARU: Harussani salah tegur, ramai tak faham perjuangan Tun Mahathir

KLIK BACA: Baca ini Mufti, wang haji perlu dari hasil yang halal, kata Sheikh Marwazi Dziyauddin 

KLIK BACA: Ezam gelar 2 akhbar M’sia sebagai pembela pencuri

KLIK BACA: Tun Mahathir minta Najib isytihar akaun peribadi kepada LHDN

TERBARUTidak bermewah ke luar negara, Jokowi cuma berkain pelikat sambut tahun baru di rumah

KLIK BACA: Jika kita mati, kita mati bersama, kata saksi kes wang haram berkaitan 1MDB – Singapura

KLIK BACA: “Bukan presiden buang Muhyiddin dari Umno tapi Allah yang buang” – Pemerhati UMNO

Tolong Komen & Share