oleh Shahbudin Husin

PKR dan DAP adalah dua daripada tiga parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Satu lagi parti yang turut menjadi anggota Pakatan Harapan ialah Amanah.

Apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilantik sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada DAP, lidah rasmi Pas iaitu Harakahdaily menyifatkannya sebagai “dedak” untuk mengikat PKR.

Itulah dedak yang ditabur supaya individu atau pihak yang dilantik akan terikat, kata tulisan itu lagi.

Di mana logiknya lantikan itu adalah dedak yang bertujuan mengikat sedangkan PKR dan DAP sudah saling bersama, bekerjasama dan mempunyai ikatan rasmi dalam Pakatan Harapan?


Lebih dari itu, dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri, wakil PKR sudah pun diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri dan beberapa Exco sejak 2008 lagi.

Yang demikian, apa peliknya jika seorang lagi wakil PKR diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri?

Bandingkan pula dengan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas dan masih merupakan ahli Pas yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global sejak 2015 lagi.

Yayasan tersebut ditubuhkan oleh Najib Razak atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri daripada UMNO dan BN yang bertujuan untuk memupuk semangat kesederhaan.

Sebelum itu, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global disandang oleh Saiffudin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi setelah tewas dalam pilihanraya 2013.

Saifuddin Abdullah melepaskan jawatan apabila membuat keputusan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR. Maknanya, Saifuddin sedar prasyarat memegang jawatan itu ialah sama ada ahli UMNO atau mesti menyokong Najib.

Berbeza dengan perlantikan Saifuddin oleh Lim Guan Eng dalam kerajaan negeri Pulau Pinang di mana PKR dan DAP saling mempunyai ikatan rasmi, sebaliknya perlantikan Nasharuddin oleh Najib dalam keadaan Pas dan UMNO tidak mempunyai sebarang ikatan persefahaman langsung.

Jadi, siapa sebenarnya sedang ditabur dedak bertujuan untuk mengikat?

DIKEMASKINI: Jubah saja cantik tapi hati busuk, selar bekas pimpinan PAS

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READRaja Bomoh begin search for PM’s plane after tracking website removal

DIKEMASKINI: Najib naikkan BR1M RM40,000 boleh beli kereta, Rafizi jawab Irwan Serigar

TERBARU: “Najib sudah tak ada duit ke sampai kena bayar 20 sen beli beg plastik” – Noh Omar

KLIK BACA: “Najib perlu bawa dua saksi penting SRC jumpa SPRM”

KLIK BACA: Jho Low baliklah berjoli di Malaysia, kata PAS

Tolong Komen & Share