Jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana yang digunakan untuk menghantar mereka ke Makkah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi, itu macam dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram, you makan juga. Tapi kalau tak tahu, okeylah. Tapi sekarang kamu tahu duit ini dicuri,” katanya.

Bekas perdana menteri itu akhir bulan lalu berkata jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana daripada sumber yang dicuri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu termasuk daripada kalangan mufti.

Bagaimanapun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu enggan memohon maaf atas kenyataannya.

“Mengapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang mengatakan saya salah juga mesti berbuat demikian.

“Mereka kena ‘ampu’, mereka perlu ‘bodek’. Mereka tidak bebas bersuara.

“Bila jadi mufti kerajaan, kena puji la kerajaan,” katanya.

Kerajaan telah menaja ibadah haji untuk imam dan ketua kampung melalui Yayasan 1MDB sejak 2011.

Firma pelaburan negara itu menjadi subjek siasatan antarabangsa, termasuk Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika yang memfailkan saman sivil pelucuthakan dan mendakwa lebih AS$ 3.5 bilion disalahgunakan daripada 1MDB.

DOJ juga berkata seorang yang dinamakan Malaysian Offical 1 didakwa menerima AS$ 731 juta daripada wang yang diseleweng daripada 1MDB.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan menyalahgunakan dana berkenaan dan mendakwa ia sebahagian daripada plot menjatuhkannya. – Sumber:  Malaysiakini

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: Jemaah Haji selepas ini jangan pura-pura tak tahu sumber wang – Tun Mahathir

TERBARU: Cuti luar negara, Najib cuma luang masa bersama anak, kata pembantu Rosmah

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

Tolong Komen & Share