oleh Dr Mahathir Bin Mohamad

Bolehkah duit yang didapati secara haram diguna untuk membiayai ibadah tertentu?

Kita semua maklum bahawa jika kita termakan makanan yang haram bagi orang Islam (daging babi umpamanya) maka kita tidak bersalah.

Tetapi jika kita tahu makanan yang dihidang itu haram, kita makan juga, maka perbuatan kita itu salah disisi agama.

Demikian juga apabila kita tahu duit itu dicuri, tetapi kita terima duit itu untuk apa juga tujuan, maka perbuatan itu tentulah salah. Jika salah untuk perbuatan lain, tentulah salah juga untuk membiayai ibadat.


Hanya mereka yang bertujuan membodek orang tertentu sahaja yang akan halalkan wang yang dicuri oleh kerajaan.

Kalau menyatakan wang dicuri tidak boleh biayai ibadat haji adalah percubaan menjadi Tuhan, kenyataan itu menunjuk kekerdilan akal fikiran.

Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yang salah. Pencuri berpangkat masih pencuri.

Duit yang dicuri masih duit haram. Ia tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat. Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana dihidang selepas baca doa selamat, atau bertahlil.

Walaupun kita Bismillah, daging yang haram masih haram dimakan.

Perbuatan yang dilarang, yang diharamkan tidak jadi halal kerana kita mula dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Yang Maha Penyayang.

Kalau kita curi duit untuk membuat kerja haji, sesuatu ibadat yang kita wajib buat hanya jika kita mampu, atau untuk buat sunat umrah, apakah perlakuan kita itu ibadat atau tidak. Atau apakah ibadat kita boleh diterima jika kita terima duit yang dicuri orang lain.

Tidakkah dakwaan kita mendorong pencurian kerana yang dicuri boleh dihalalkan dengan mengguna sebahagian atau semuanya untuk ibadat, termasuk ibadat haji.

Apakah hanya dengan dihalalkan oleh orang yang bergelar mufti, maka yang haram itu menjadi halal.

Kalau nak terima duit curi untuk buat kerja haji, terimalah.

Saya tak akan terima walau apa pun tohmah dilempar kepada saya.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri Malaysia. Artikel ini kali pertama dimuatkan di blognya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. – Alif, Laam, Raa’. – Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. – (Hud 11:1-2)

Firman Allah: Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang!

Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka.

Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. – (Surah Hud 11:116)

Nota Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s #SPRM #BahriMohdZin #HamidBador

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINI: Saya bangga umum MARA jual 1 hartanah di Melbourne bayar hutang – Annuar

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

TERKINI: Jemaah Haji selepas ini jangan pura-pura tak tahu sumber wang – Tun Mahathir

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Tolong Komen & Share