Sempena himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan, PAS selaku penganjur utama menjemput parti-parti politik untuk menyertai himpunan berkenaan termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Menurut Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, surat jemputan kepada semua parti politik akan dihantar dan dijangkakan surat tersebut akan diterima pihak berkaitan dalam masa seminggu.

“Ya kita jemput semua, kita jemput semua. Malaikat pun kita jemput untuk hadir menaungi, memberi rahmat kepada kita,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sidang media Himpunan Akta 355 di Shah Alam hari ini. – KiniTV

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……


PAS umpamakan himpunan Akta 355 seperti Maulidur Rasul

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu membenarkan Himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan kerana ia merupakan himpunan aman dan mematuhi undang-undang.

Dalam kenyataan medianya, PAS turut mengingatkan MCA tidak melatah kerana ia akan berjalan dengan tertib dan hanya untuk mendidik rakyat.

“Himpunan 355 ini tiada perarakan jalan raya, tiada gerakan anti keamanan dan tidak mengancam kestabilan negara.

“Himpunan 355 turut dimaknakan dengan solat hajat perdana, kami akan mengundang Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad untuk membimbing munajat dan menyampaikan kuliah khas mengenai RUU 355,” kata Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan.

Selain itu, Nasruddin turut berkata, PAS memberi jaminan untuk menjaga kebersihan tapak program, keselamatan, ketenteraman awam, keceriaan ibu kota dan akan memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, dalam kenyataan media berasingan, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad pula mengumpamakan himpunan itu seperti perarakan Maulidur Rasul.

“Jika pada perarakan Maulidur Rasul umat Islam turun beramai-ramai untuk menyatakan rasa kasih mereka terhadap Rasulullah SAW, tetapi Himpunan Akta 355 itu umat Islam turun menyatakan sokongan mereka terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah kerana rasa kasih mereka terhadap agama Islam.

“Kedua-dua perarakan dan himpunan itu merupakan cara umat Islam menyatakan komitmen dan kasih mereka terhadap agama. Komitmen untuk melihat Mahkamah Syariah diangkat akan martabatnya,” katanya.

PAS merancang mengadakan himpunan besar – Himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan dengan menyasarkan kehadiran 300,000 orang.

Himpunan tersebut bertujuan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam mengenai akta berkenaan dan ia akan turut disertai kumpulan NGO yang menyokong pindaan Akta 355.

PAS mahu menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah melalui usul yang dibawa oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Malaysiakini

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINI: Saya bangga umum MARA jual 1 hartanah di Melbourne bayar hutang – Annuar

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

TERKINI: Jemaah Haji selepas ini jangan pura-pura tak tahu sumber wang – Tun Mahathir

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Tolong Komen & Share