Guan Eng berkata antara langkah yang perlu diambil kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan skandal 1MDB adalah membatalkan pasport ahli perniagaan, Jho Low bagi memaksanya pulang ke Malaysia.

Dengan cara itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penerangan secara terperinci mengenai skandal syarikat milik Kementerian Kewangan itu mampu diperoleh dan pihak yang terlibat dapat ditangkap.

“Jadikan Jho Low pelarian antarabangsa dan jangan lagi beri apa-apa peluang kepada beliau. Dengan cara itu, beliau terpaksa pulang ke Malaysia dan memberi penerangan tentang isu 1MDB.

“Tapi, Perdana Menteri tidak berbuat demikian,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada sidang media di Komtar hari ini.

Jho Low pada Julai tahun lalu bersama anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz dinamakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai penerima wang berjumlah hampir AS$3.5 bilion yang dipercayai diseleweng dari 1MDB.


Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura turut menyatakan bahawa Jho Low merupakan ‘orang penting’ dalam meneruskan siasatan mereka dalam skandal berkenaan.

Setakat ini, lima individu telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura dan Abu Dhabi kerana kaitan mereka dengan penyelewengan 1MDB, termasuk bekas pengurus bank BSI Singapura Yeo Jiawei yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low. – Roketkini.com

Guan Eng: Tanah 1MDB masih dibeku kerajaan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Semua urus niaga tanah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Pulau Pinang masih dibekukan, kata Lim Guan Eng sambil menambah selagi Pakatan Harapan kekal berkuasa, ia tidak akan berubah.

Ketua menteri berkata pembekuan itu perlu bagi mendapatkan jawapan terhadap skandal melibatkan Putrajaya dan firma pelaburan negara, 1MDB.

“1MDB perlu memberikan penjelasan penuh terhadap skandal tersebut. Selagi ia tidak dibersihkan, semua urus niaga melibatkan tanah di Pulau Pinang masih beku,” katanya kepada pemberita di Komtar hari ini.

The New Straits Times melaporkan 1MDB dalam proses penyelesaian di mana asetnya akan dipindahkan kepada 2 syarikat dimiliki Kementerian Kewangan beberapa bulan akan.

Aset 1MDB termasuk sekeping seluas 94.7 hektar di Air Hitam, Pulau Pinang dan beberapa bidang lain di Kuala Lumpur.

Dilaporkan 1MDB membeli tanah di Pulau Pinang tahun lalu pada harga RM1.38 bilion bagi projek perumahan yang diumumkan menjelang pilihan raya umum 2013.

Lim hari ini mengulangi kerajaan tidak akan meluluskan mana-mana transaksi tanah sehingga 1MDB “dibersihkan daripada segala skandal”.

“Setakat ini, mereka tidak memfailkan sebarang permohonan.

“Sebagai organisasi kerajaan, mereka bertanggungjawab menjelaskan pembelian tanah itu.

“Syarikat perlu memberi jawapan kerana ia menjejaskan Malaysia dengan teruk,” katanya sambil menambah skandal itu juga menjejaskan nilai ringgit. – Free Malaysia Today


TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Tolong Komen & Share