KEJAYAAN Mohd Faiz Subri merangkul anugerah Puskas FIFA 2016 mengundang ucapan tahniah pelbagai pihak, dari orang kebanyakan sampailah kepada individu berjawatan tinggi.

Tidak kurang juga ada ahli politik yang mengambil kesempatan mempopularkan diri dengan cara mereka bentuk infografik berbentuk ucapan tahniah kepada Faiz Subri, untuk disebarkan di media sosial, sama ada di profile facebook, mahupun laman peribadi.

Namun oleh kerana tidak berhati-hati, niat mempopularkan diri itu kadang kala boleh bertukar kepada promosi yang memalukan diri.

Contohnya perkara itu berlaku terhadap Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tidak salah beliau mahu menyiarkan ucapan tahniah kepada Faiz Subri dalam bentuk infografik, namun barangkali kerana terlalu ghairah mempromosikan dirinya, sekaligus berharap sebagai menteri ucapan tahniah itu akan dipetik oleh media, gambar beliau diletakkan jauh lebih besar daripada gambar Faiz Subri dalam rekaan grafik tersebut.


Lebih lucu lagi, nama Mohd Faiz Subri diletakkan sebelah gambar besar Noh Omar memakai cermin mata, manakala nama Noh Omar diletakkan sebelah gambar Faiz Subri iaitu gambar kecil bahagian bawah.

Sampaikan seolah-olah bukan Faiz Subri, tapi Noh Omar yang terima anugerah Puskas, FIFA.

Perkara ini turut menerima kecaman warga media sosial.

“Kenapa gambar Noh Omar lebih besar dari Faiz Subri? Nak Rai siapa sebenarnya ni?” Soal Amar Auzirulanuar.

Manakala Mohammad Faizul Rosli menulis, “Tahniah Tan Sri, besarnya gambar Tan Sri, macam Tan Sri pulak yang menang anugerah…”

Seorang lagi dalam nada memerli mempersoalkan siapa sebenarnya Faiz Subri, “Mana satu Faiz Subri? Yang pakai spek tu ea?” Tulisnya. – Milo Suam

TERKINI: Raja Petra tuduh Mahathir curi wang royalti RM1 bilion

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERKINIJens Fred Sturzenegger mengaku salah 6 tuduhan siasatan 1MDB Singapura

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Tolong Komen & Share