LONDON: Seorang pengkritik kerajaan Sarawak yang terkenal memuji Tan Sri Adenan Satem sebagai pelaksana reformasi meskipun berdepan halangan daripada Putrajaya, dan berkata penggantinya perlu mencontohi langkah itu jika mahu popular.

“Penggantinya akan popular jika mereka menyambung perjuangan Adenan dan menunjukkan dedikasi kepada tugas jawatan awam,” kata editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, kepada FMT hari ini.

Editor portal yang disekat pihak berkuasa kerana menyiarkan dakwaan rasuah berkata, Adenan menunjukkan beliau sanggup menangani isu yang “memberi masalah kepada negeri itu.”

“Beliau mengakuinya dan mengecam masalah pembalakan melampau akibat rasuah. Sebagai seorang anak jantan dia menggunakan jawatan awamnya untuk membaiki tadbir urus kerajaan, bukan untuk mengayakan diri secara haram,” katanya.

“Ia mungkin satu tragedi apabila Adenan memikul tanggungjawab ketua menteri pada penghujung umurnya, mengehadkan kemampuan untuk melaksanakan reformasi yang beliau katakan.”


Adenan meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Samarahan kerana komplikasi jantung. Beliau sepatutnya menyambut hari kelahiran ke-73 pada 27 Januari ini.

Populariti beliau dikatakan penyebab utama kemenangan bergaya Barisan Nasional pada pilihan raya negeri tahun lepas. Selepas itu, beliau mendesak Putrajaya mengiktiraf hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia, isu di tengah-tengah hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. – FMT

KLIK VIDEOVideo Penculik Van Putih Ditangkap Setelah Dikejar Orang Awam

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Tolong Komen & Share