Kebajikan rakyat Sarawak dan kesejahteraan negeri adalah perkara-perkara yang sentiasa dekat dalam hati Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Kata-kata terakhir Ketua Menteri Sarawak itu terkandung dalam catatan menerusi laman Facebook yang beliau menggambarkan bagaimana tahun 2016 telah membawa beberapa perubahan penting untuk membentuk Sarawak ke arah lebih baik untuk generasi akan datang yang kita cintai.

“Perjalanan kita bersama pasti berterusan tahun depan, dengan kecekalan, keazaman yang lebih kuat dan semangat harmoni yang unik kepada kita di sini di Sarawak,” katanya.

Catatan terakhir allahyarham di @cmadenansatem adalah bertarikh 23 Dis, 2016.

Berikut ialah petikan catatan beliau:

Tahun 2016 akhirnya melabuhkan tirai. Apabila direnung kembali, tahun 2016 telah membawa beberapa perubahan penting untuk membentuk Sarawak yang lebih baik untuk generasi masa depan yang tercinta.

Perjalanan kita bersama pasti berterusan tahun depan, dengan ketabahan, keazaman yang lebih jitu dan semangat harmoni yang unik kepada kita di Sarawak.

Semasa musim perayaan ini, luangkan sedikit masa untuk menikmati perkara yang mudah dalam kehidupan. Banyakkan memberi daripada apa yang kita ambil.

Ambil kesempatan ini untuk berhubung dengan orang lain dengan cara yang istimewa dan menjana kekuatan daripada perbezaan kita.

Mencari keberanian untuk mentakrifkan semua harapan kita, untuk memperkayakan kehidupan, baik orang asing mahupun rakan bersama.

Semoga perayaan Krismas membawa kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya, menikmati percutian yang direstui kepada semua terutama bersama orang tersayang dan Selamat Tahun Baharu!

Adenan, Jamilah & keluarga. – Bernama | Foto NST

KLIK VIDEOVideo Penculik Van Putih Ditangkap Setelah Dikejar Orang Awam

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

Tolong Komen & Share