Jurujual aksesori pewangi kenderaan cedera akibat dipukul, disepak dan dirotan majikan yang juga kenalan lamanya. – Foto Utusan

JOHOR BAHRU 11 Jan. – Seorang jurujual aksesori pewangi kenderaan berusia 21 tahun cedera di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dipukul, disepak dan dirotan majikan yang juga kenalan lamanya.

Penderitaan lelaki itu dipercayai terbongkar apabila kakak mangsa terserempak dengan adiknya dalam keadaan tidak terurus dan ada kesan kecederaan di badan di hadapan sebuah bank di Taman Perling pada Ahad lalu.

Susulan itu, keluarga mangsa yang bimbang dengan keadaannya telah ke tempat tinggal lelaki tersebut yang menetap bersama suspek di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya pada pukul 7.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Jokhiri Abd. Aziz mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut yang dibuat kakak mangsa di Balai Polis Taman Johor Jaya di sini pada 10.26 malam semalam.


Menurutnya, mangsa diambil keluarganya kerana mereka mengesyaki dia telah dipukul oleh suspek ekoran kecederaan pada bahagian luaran badan yang agak serius selain lelaki itu didapati dalam keadaan lemah dan tidak terurus.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dipukul oleh suspek menggunakan rotan selain turut dipukul serta disepak oleh suspek.

“Mangsa telah dihantar untuk pemeriksaan dan rawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas laporan polis dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jokhiri berkata, mangsa mempunyai kesan parut dan luka melecet di bahagian tangan, bengkak di mulut, bengkak dan berdarah di telinga serta kesan luka, berdarah dan kesan parut kecederaan lama di belakang badan.

Katanya, hingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat kerana suspek yang bersama keluarganya telah menghilangkan diri sebaik sahaja keluarga mangsa mengambilnya dari rumah.

“Polis sedang menggiatkan usaha mengesan suspek dan kami menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai berhampiran atau talian hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau IPD Seri Alam di 07-3864222,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – Bernama

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINIJens Fred Sturzenegger mengaku salah 6 tuduhan siasatan 1MDB Singapura

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Tolong Komen & Share