Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengingatkan semua pegawai undang-undang bahawa gejala rasuah adalah seperti anai-anai yang akan memamah rakus keutuhan negara sedikit demi sedikit.

Menurutnya, yang dipetik Bernama, seperti anai-anai, kehadirannya seringkali tanpa disedari.

“Hanya bermula dengan pelawaan makan malam di hotel terkemuka ia kemudian bersabit pula dengan pelawaan bermain golf dan melancong….

“Akhirnya ia merebak dan menjerumus kepada permintaan dan pemberian wang ringgit serta barangan berharga secara terbuka tanpa segan silu,” katanya ketika merasmikan Persidangan Pegawai Undang-undang Jabatan Peguam Negara 2017 di Melaka hari ini.

Beliau berkata perbuatan rasuah yang dominan dan sukar diubah ketika ambang kejatuhan Empayar Melaka dahulu, terutamanya di kalangan pembesar dan saudagar, seharusnya dijadikan teladan serta diinsafi generasi masa kini.


“Kesetiaan pembesar dan saudagar amat mudah dibeli melalui wang ringgit dilabur Portugis,” katanya.

Menurutnya, Empayar Melaka yang dikatakan kebal akhirnya jatuh ke tangan Portugis pada 1511 bukan kerana tiada senjata canggih atau kudrat pahlawan, sebaliknya benteng kukuh empayar itu dirobohkan sedikit demi sedikit oleh orang yang berlindung di sebaliknya.

Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara Mohamed Apandi memberi amaran Jabatan Peguam Negara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai undang-undangnya yang terlibat dengan rasuah.

TERBARUSingapura Cungkil Ulat Daripada Kaki Reput 1MDB – Kadir Jasin

TERBARU: “Tak boleh salahkan mufti, lebai dan haji kalau tak faham 1MDB”

KLIK BACA: Jho Low didakwa di Singapura apa jadi, soal Shahbudin Husin

DIKEMASKINI: Jho Low guna nama Eric Tan, pendedahan di Mahkamah Singapura lapor Channel News Asia

TERKINI: Raja Petra tuduh Mahathir curi wang royalti RM1 bilion

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERKINIJens Fred Sturzenegger mengaku salah 6 tuduhan siasatan 1MDB Singapura

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

Tolong Komen & Share