Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memberi jaminan bahawa pelabur akan kembali ke Malaysia apabila terdapat kepastian keadaan ekonomi di luar negara yang lebih jelas.

Beliau berkata asas yang kukuh seperti kepelbagaian ekonomi bermakna bahawa pelabur tidak akan mempunyai pilihan selain untuk melabur di Malaysia.

“Dasar kita adalah ekonomi terbuka. Apabila kita mengamalkan ekonomi terbuka, kita tidak akan melakukan sebarang tambatan.

“Kita tidak akan mengawal aliran modal. Kita akan membenarkan jika ada pelabur yang mahu mengeluarkan wang mereka, mereka boleh berbuat demikian.

“Kita masih mempunyai rizab asing RM94 bilion, yang boleh menampung import selama lapan bulan, jadi saya fikir kita agak okay.


“Perlahan-lahan, saya fikir, apabila Amerika Syarikat kembali seperti sedia kala dan kadar faedah adalah jelas, saya fikir pelabur akan kembali,” katanya kepada pemberita pada Forum Dana Pelaburan Antarabangsa 2017 di Kuala Lumpur, hari ini.

TERBARU: Rezeki tak datang bergolek, kata Najib

TERKINI: Jho Low dan Eric Tan orang yang sama, apa maknanya?

TERBARUSingapura Cungkil Ulat Daripada Kaki Reput 1MDB – Kadir Jasin

TERBARU: “Tak boleh salahkan mufti, lebai dan haji kalau tak faham 1MDB” – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Jho Low didakwa di Singapura apa jadi, soal Shahbudin Husin

TERKINI: Mahathir dan Anwar kalahkan Najib ‘ajaib’, kata penganalisis

KLIK BACA: Cerita Wartawan Lawak Pecah Perut Yang Kelakar Gila

Tolong Komen & Share