Menteri Pelajaran Dr Mahathir Mohamad memberikan penghormatan terakhir bersama pembesar negara kepada jenazah Allahyarham Tun Razak yang di letakkan di Bangunan Parlimen pada 16 Januari 1976.

oleh Tan Sri Zainuddin Maidin

PERJALANAN ROH

Ketika aku mengucap Ina lillah wa ina ilaihi rajiun
Kau bukan mati, perdana
tetapi sekadar istirehat

Dari makrifat sebuah zat
dari perjalanan semalam
yang penuh perjuangan
Siapapun bakal kembali
Menghadapi ilahi

Yang tak terduga bila serunya
Ketika air mata gugur berderai
Kami bukan menangisimu pahlawan
Sekadar manifestasi selamat tinggal
menuju ke pengadilan Yang Maha Tunggal

Di makam pahlawan kau terbaring sepi
Berceritalah tentang perjuangan dan pembangunan
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Al-Fatihah

Sabda S
Kuala Lumpur
13 Muharam 1396

CATITAN: Penyair tanah air Sabda S mencipta sajak “Perjalanan Roh” ketika dalam keharuan bersama berjuta rakyat atas pemergian Tun Abdul Razak Perdana Menteri Kedua yang dikasihi kerana jasa besarnya membangunkan maruah bangsanya pada Rabu 14 Januari 1976 di London jam 6.30 petang waktu Malaysia.

Sajak ini terdapat dalam buku” Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot” karya Zainuddin Maidin setebal 328 muka berharga RM200 sebuah dan belanja pos RM30 yang boleh dipesan terus dari pengarangnya seperti panduan tertera sebelah kanan teratas blog ini.

Ketika negara menghadapi krisis kepimpinan dan berbagai cabaran,mungkin buku ini perlu diteliti semula untuk rakyat menilai dan memahami arti sebuah perjuangan jujur dan ikhlas yang penuh dengan pengorbanan termasuk kepentingan isteri dan kesihatan diri.

Berminat membeli buku tersebut sila KLIK SINI

TERBARUSingapura Cungkil Ulat Daripada Kaki Reput 1MDB – Kadir Jasin

TERBARU: “Tak boleh salahkan mufti, lebai dan haji kalau tak faham 1MDB”

KLIK BACA: Jho Low didakwa di Singapura apa jadi, soal Shahbudin Husin

Tolong Komen & Share