Kuala Lumpur, 26 Jan – Satu video Tahun Baru Cina yang diterbitkan oleh Malaysia Airlines (MAS) menawan hati penonton apabila video tersebut dilakonkan semua orang berbangsa melayu yang petah bertutur bahasa mandarin.

Video berdurasi 1 minit 41 saat itu dimuat naik pada Rabu dan kini telah mendapat lebih dari 7,000 perkongsian bersama lebih 600 komen yang kebanyakannya memuji video terbabit.

Secara ringkasnya, video bertajuk ‘A Truly Malaysians Greeting’ tersebut mempamerkan beberapa rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Cina menyampaikan ucapan dalam bahasa mandarin.

Pengguna Facebook, Kenny Teoh menulis di ruangan komen: “Ini adalah iklan Tahun Baru Cina terbaik tahun ini! Dan ia tidak melibatkan mana-mana orang (berbangsa) Cina!”.

“Video baik dan ucapan terbaik! Sangat bangga menjadi rakyat Malaysia dan berkongsi tradisi bersama-sama tidak kira apa bangsa dan latar belakang.” tulis Kelvin Coolboy pula.

Tonton video itu dibawah. Ringkas tapi sangat mendalam!

KLIK VIDEO: Dr Mahathir jawab tuduhan skandal BMF

KLIK BACA: Jangan tangkap pegawai kerajaan saja, tangkap juga ahli politik korup – TI Malaysia

KLIK VIDEO: Ada kes tak dakwa, tunggu Hari Pembalasan – Akhbar Satar TI Malaysia

Tolong Komen & Share