Enam orang terbunuh dan lapan lagi cedera dalam insiden di sebuah masjid di Quebec City, Kanada, yang dianggap perdana menteri itu sebagai “serangan pengganas”.

Menurut saksi, serangan dilakukan tiga individu di Pusat Kebudayaan Islam Quebec City ketika umat Islam di situ mengerjakan solat Isyak kira-kira jam 8 malam.

Akhbar Le Soleil berkata, polis sudah menahan dua individu dan tidak menolak kemungkinan suspek ketiga masih belum diberkas.

Menurut Le Soleil seorang daripada penyerang itu menggunakan raifal AK-47 dan seorang lagi berusia 27 tahun.

Mengulas insiden itu Justin Trudeau jelas berang dan menyatakan kemarahan itu melalui Twitter.

“Kita mengutuk serangan pengganas pengganas ke atas pusat ibadah dan perlindungan Muslim ini.

“Sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan dan butiran mengenainya sedang disahkan, amat memilukan untuk melihat keganasan yang tidak masuk akal itu.

“Kerencaman adalah kekuatan kita, dan toleransi agama adalah nilai amat kita hargai sebagai rakyat Kanada,” katanya.

Trudeau juga menganggap serangan itu sebagai perbuatan bacul.

The Guardian melaporkan, ketika serangan dibuat ada kira-kira 40 orang dalam bangunan dua tingkat yang turut dikenali sebagai Masjid Besar Quebec.

Presiden masjid itu, Mohamed Yangui, berkata serangan berkenaan adalah perbuatan oleh orang tidak bertamadun.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke bebeapa hospital di sekitar Quebec City.

Ketika kejadian, beliau tiada di bangunan berkenaan.

KLIK BACA: PM senyap tanda Msia tunduk pada AMERIKA – Raja Bahrin

READ MORE: Indonesia has spoken. Why Najib still silent after Trump banned 130 million people from 7 Muslim countries from entering US?

TERKINI: Kalau Zahid jadi PM apa jadi kepada Tun Mahathir – Timmy Say

TERBARU: Bekas Penolong Gabenor, Murad Khalid pernah didenda RM500,000 gagal isytihar harta

SINARHARIAN: Malaysia kini diambang perang? – Mukhriz

READ MORE: Kleptocracy destroyed Msia’s prosperity and Asian Tiger image – Tun Mahathir

Tolong Komen & Share