MESKIPUN berasa sayu kerana tidak dapat bersama-sama keluarga dan sanak saudara pada sambutan tahun baharu Cina ini, sekumpulan pramugari MAS tidak menganggap ia satu halangan.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Malaysia Airlines memaparkan gaya kreatif krew kabin MAS yang meraikan sambutan tahun baharu Cina dalam keadaan meriah.

Dalam video yang disiarkan portal myNewshub itu memaparkan seorang wanita menjadikan kotak sebagai gendang sementara rakannya menari tarian singa dengan kotak di kepala dan ditutup badan dengan kain berwarna ungu.

Sekumpulan krew kabin itu turut meraikan tahun baru dengan jamuan yee sang di dalam kapal terbang.

Bagaimanapun tidak didedahkan mengenai status penerbangan yang dinaiki kira-kira lapan krew kabin dan pramugari MAS itu.

Video tersebut dimuat naik pada Selasa lalu dengan kapsyen krew MAS yang tidak dapat pulang meraikan tahun baharu Cina telah diraikan mengikut kreativiti mereka.

Perkongsian video tersebut nyata menerima reaksi postitif netizen yang turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada krew dan pramugari MAS.

KLIK BACA: Harga petrol murah kata pemakan dedak, ini penjelasan Kadir Jasin

TERKINI: Tun Mahathir dedah pentadbiran Pak Lah serah blok medan minyak kepada Brunei, dakwa PBBNK

KLIK BACA: DOJ mahu hapus kepentingan Jho Low dalam hotel di New York – WSJ

KLIK BACA: Pemimpin PAS pilih jalan mudah serang Tun Mahathir yang berusia 91 tahun – Raja Bahrin

KLIK BACA: Bagus tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Forex Mahathir dan 1MDB Najib sekali

READ MORE: Kleptocracy destroyed Msia’s prosperity and Asian Tiger image – Tun Mahathir

KLIK BACA:  “IPIC, 1MDB bertelagah selepas AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar dilapor hilang” – Reuters

KLIK BACA: Wang KWSP dipinjam SRC ‘sangkut’ di BSI yang ditutup Singapura

TERKINI: Kenapa Najib tak gantung tugasnya kalau Annuar boleh? – Mahfuz

KLIK BACA: Trump pecat peguam negara belajar dengan siapa?

Tolong Komen & Share