Walaupun telah bersara namun bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed tetap menasihatkan orang ramai agar sentiasa melawan rasuah.

Abu Kassim berkata, sekiranya pada zaman selepas kemerdekaan rakyat boleh bersatu melawan ideologi komunis, mengapa kini rakyat tidak boleh bersatu melawan rasuah.

“Saya ingat lagi masa zaman (bekas perdana menteri) Tun (Abdul) Razak, beliau beritahu ada tiga ‘C’ yang berbahaya selepas merdeka iaitu communist (komunis), communalism (perkauman) dan corruption (rasuah).

“Kenapa pada masa itu, orang boleh bersatu dan beritahu betapa jahatnya ideologi komunis ini? Tapi kenapa tidak rasuah?,” katanya semasa program Bicara Tokoh di Masjid Al-Ikhlas di Seksyen 13, Shah Alam malam tadi.

Tiada sesi soal-jawab dalam program selama kira-kira satu setengah jam itu.

Malah, beliau juga menceritakan tentang rasuah secara umum, indeks rasuah antarabangsa dan pengalamannya semasa menjadi penguatkuasa ketika SPRM dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Selain itu, Abu Kassim yang bersara sebagai pesuruhjaya SPRM pada tahun lalu turut menasihatkan masyarakat supaya melawan rasuah tanpa mengira ideologi politik.

“Ia harus dihapuskan, kita perlu yakin kalau kita bersama-sama,” katanya lagi di hadapan kira-kira 100 orang jemaah masjid.

Pada Ogos tahun lalu, Abu Kassim bersara sebagai pesuruhjaya SPRM dan digantikan oleh Datuk Dzulkifli Ahmad yang sebelum itu bertugas sebagai pengarah pasukan penguatkuasa pemulihan hasil negara, Jabatan Peguam Negara.

Abu Kassim kini berkhidmat sebagai pakar perunding integriti di Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). – Malaysiakini

KLIK BACA: China beli Proton jadi PLOTON lah jawabnya….

KLIK BACA: Najib diiktiraf pemimpin Islam kedua paling berpengaruh di dunia – TV14

KLIK BACA: Harga petrol murah kata pemakan dedak, ini penjelasan Kadir Jasin

TERKINI: Tun Mahathir dedah pentadbiran Pak Lah serah blok medan minyak kepada Brunei, dakwa PBBNK

KLIK BACA: DOJ mahu hapus kepentingan Jho Low dalam hotel di New York – WSJ

KLIK BACA: Pemimpin PAS pilih jalan mudah serang Tun Mahathir yang berusia 91 tahun – Raja Bahrin

KLIK BACA: Bagus tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Forex Mahathir dan 1MDB Najib sekali

READ MORE: Kleptocracy destroyed Msia’s prosperity and Asian Tiger image – Tun Mahathir

KLIK BACA:  “IPIC, 1MDB bertelagah selepas AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar dilapor hilang” – Reuters

KLIK BACA: Wang KWSP dipinjam SRC ‘sangkut’ di BSI yang ditutup Singapura

TERKINI: Kenapa Najib tak gantung tugasnya kalau Annuar boleh? – Mahfuz

KLIK BACA: Trump pecat peguam negara belajar dengan siapa?

Tolong Komen & Share