Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub

Parti Amanah Negara (Amanah) bersama Pakatan Harapan akan merangka pelan induk pendidikan yang lengkap bagi meningkatkan keupayaan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) memberikan lebih banyak biasiswa kepada anak-anak bangsa Johor.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, langkah ini berikutan pihaknya menerima banyak maklumat dari ibu bapa mengenai kesukaran mendapatkan bantuan pelajaran dari YPJ akhir-akhir ini.

Kesukaran ini bukan sahaja untuk mendapatkan pinjaman malah biasiswa untuk anak-anak mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan mahupun luar negara juga sukar diperoleh.

“Kerajaan Negeri Johor seharusnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan anak-anak bangsa Johor yang berpotensi besar untuk menjadi modal insan diberikan biasiswa tanpa mengira siapapun mereka,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, wajar bagi kerajaan Negeri Johor yang mendapat limpahan projek-projek mega seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan Rapid Petronas Pengerang memperuntukkan bajet yang mencukupi kepada YPJ untuk memberikan bantuan biasiswa kepada anak-anak bangsa Johor .

YPJ ditubuhkan melalui penguatkuasaan Enakmen Yayasan Pelajaran Johor 1982 di bawah pengurusan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dalam menguruskan tabung biasiswa dan pinjaman pelajaran Negeri Johor.

Ia bagi membantu anak-anak Johor melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. – Malaysia Dateline

KLIK BACA: Harga petrol murah kata pemakan dedak, ini penjelasan Kadir Jasin

TERKINI: Tun Mahathir dedah pentadbiran Pak Lah serah blok medan minyak kepada Brunei, dakwa PBBNK

KLIK BACA: DOJ mahu hapus kepentingan Jho Low dalam hotel di New York – WSJ

KLIK BACA: Pemimpin PAS pilih jalan mudah serang Tun Mahathir yang berusia 91 tahun – Raja Bahrin

KLIK BACA: Bagus tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Forex Mahathir dan 1MDB Najib sekali

READ MORE: Kleptocracy destroyed Msia’s prosperity and Asian Tiger image – Tun Mahathir

KLIK BACA:  “IPIC, 1MDB bertelagah selepas AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar dilapor hilang” – Reuters

KLIK BACA: Wang KWSP dipinjam SRC ‘sangkut’ di BSI yang ditutup Singapura

TERKINI: Kenapa Najib tak gantung tugasnya kalau Annuar boleh? – Mahfuz

KLIK BACA: Trump pecat peguam negara belajar dengan siapa?

Tolong Komen & Share